Malam tadi sebelum aku tidur, aku sesajalah kan action depan cermin. Adik aku dah tidur dah masa tu. Dan-dan je aku duk action depan cermin, aku terjumpa diary book aku masa aku tingkatan tiga. Ah, aku pun apa lagi, selak habislah buku tu. Aku tersenyum sendiri. Ya, sebab aku teringat kenangan dulu-dulu. Tapi buku tu aku tak guna sampai habis sebab, yalah, tahun lepas aku busy dengan PMR, jadi aku tak ada banyak masa sangat nak tulis macam-macam. Tulis pun bila aku rasa aku stress sangat. Maklumlah, menuliskan memang hobi aku. So yeah. Maybe to some of you guys, keeping a diary is so old-school. Tapi bagi aku tak. Aku nak simpan diary aku sampai aku besar. Nanti bolehlah aku baca balik apa yang aku dah tulis lepas tu gelak sorang-sorang. Haa.
Bismillahirahmanirrahim.
Kenangan. Apakah itu kenangan? Ha cepat jawab! Aku yakin korang ada jawapan sendiri kan. Jadi, bagi aku, memory is like something that adds up colours in our life so it won't be foggy and dead. Kenangan boleh jadi pengalaman. Dan pengalaman tak boleh dibeli! Setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita mesti ada sebab dan hikmahnya. Jadi terimalah segala pahit getir hidup dengan hati yang terbuka dan redha.
Bercakap tentang kenangan, aku tetiba teringat masa mula-mula aku masuk asrama. Everything went pretty well. Untuk orang yang friendly macam aku ni, ianya bukan suatu masalah untuk aku 'blend in' dengan suasana baru. Tapi, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Aku dah cuba untuk jadi sefriendly yang aku boleh sebab memang salah satu niat aku datang sekolah tu sebab aku nak buat ramai kawan. I love making friends! Dugaan itu memang kuat. Boleh dikatakan aku dibenci oleh semua orang dekat sekolah tu. Yang sanggup berkawan dengan aku pun pelajar-pelajar tingkatan empat ambilan baru. Ya. Diorang je yang tak pernah kisah pasal siapa diri aku yang sebenarnya. Aku bersyukur sangat aku jumpa orang-orang seperti mereka.
Ingat lagi masa malam dinner bulan puasa hari tu. Batch aku buka puasa kat sebuah resort ni. Mula-mula pelajar-pelajar baru tak ikut sebab (adalah sebab-sebabnya kan). Aku pun tak kisah sangat pasal benda tu sebenarnya. Lepas tu pengetua kata semua ikut. Okey jadi kitorang pun ikut. Aku perasanlah kan yang pioneers ni tak senang dengan kehadiran kitorang pelajar baru ni. Aku boleh rasa 'negative aura' oleh mereka. Semua pandang atas bawah. Eh kau fikir aku tak sakit hati ke? I just went with the flow. Habis buka puasa apa semua, balik. Masa balik tu, ada sesuatu yang terjadi. We exchanged buses. So yang naik bus yang sebelum ni kena tukar naik bas lain. Aku okey je. Masa aku nak duduk kat satu tempat duduk ni, (tempat duduk tu ada beg orang) tapi aku duduk juga sebab memang dah takde tempat duduk lain. Tetiba ada sorang makhluk Allah ni datang jerkah aku, menjerit-jerit marah aku depan semua orang. Luruh jiwa raga aku masa tu. Cukuplah aku dah bad mood seharian, ni free-free kena sound depan orang ramai sebab aku duduk tempat duduk kawan dia. Allahu rabbi. Aku takleh ungkapkan perasaan aku masa tu. Kecewa, marah, bengang sangat-sangat. Benci sangat ke diorang dengan aku? Ikutkan hati aku nak je aku duduk atas lantai. Tapi nasib baik ada yang baik hati tawarkan suruh aku duduk sebelah diorang. Sepanjang perjalanan tu aku menangis sepuas-puasnya. Takde orang perasan sebab bas tu gelap. Perjalanan tu mengambil masa sejam lebih. Kalau boleh memang aku nak menjerit je (I did scream). Aku menjerit bila aku dah sampai dorm. Aku telefon mak aku. Aku menangis teresak-esak.
"Ummi akak dah penat nak puaskan hati semua orang! Semua benda akak buat semua salah! Ummi akak penat!" Tu yang aku cakap dekat mak aku. Ya, aku menjerit. Mata aku bengkak. Adik dorm aku semua dah pelik tengok aku. Ada yang datang usap-usap aku. Mungkin bagi korang aku ni fragile sangat pasal benda tu pun nak menangis. Takpe. Ikut koranglah nak fikir apa kan. Malam tu memang aku tak cakap dengan semua orang. Dengan dormates memang aku tak cakap langsung. Bacaan Al-Mulk pun aku tak join. Aku tidur lepas aku dah habis cakap dengan mak aku. Allah. Jiwa aku tertekan sangat masa tu.
Itu antara kenangan pahit dalam sejarah hidup aku. Bagi korang mungkin tak pahit. Bagi aku ya. Sebab aku dimalukan depan semua orang. Aku dahlah orang baru. Of course, benda tu memang menyakitkan. Aku dibenci semua orang. Aku memang tak kuat pada mulanya. Tapi Alhamdulillah berkat kekuatan yang Allah kurniakan melalui ibu dan ayah aku, aku bangkit kembali. Lepas daripada tu memang aku dah tak kisah pasal sesiapa pun dekat sekolah tu. Aku yang peramah dah hilang. I started unnoticing all people. Takdelah semua. Those who don't deserve it, yeah. Sesiapa yang nak berkawan dengan aku, datanglah. Aku terima dengan hati yang terbuka.
Okey. Sedih kan? Hahaha. Cukup-cukup. Aku taknak cerita sedih-sedih lagi. Marilah aku cerita pula kenangan gembira aku dekat sekolah ni. Ceh! Semua dekat asrama. Sesaja je nak cerita sebenarnya sebab duduk kat asrama ni banyak ajar aku tentang kehidupan. Alhamdulillah, I've learnt so many things. Situasi berlaku masa bulan puasa juga. Masa tu sepuluh malam terakhir bulan Ramadan. Jadi aktiviti qiamullail sangat aktif. Aku dengan geng-geng FoBa (Form Four Baru) semua join. Malam tu kitorang tidur dekat musolla. Musolla tu besar jadi memang boleh memuatkan ramai orang. Aku tidurlah dengan foba. Malam tu aku rasa seronok sangat sebab sebelum kitorang tidur, kitorang baca Al-Mulk ramai-ramai. Dah habis baca Al-Mulk, it was time to sleep. Tapi aku dengan diorang tak tidur lagi sebab buat homework. Lepas dah siap semua, kitorang borak-borak. Mostly kitorang cakap pasal life kitorang. Aku rasa seronok. Aku jumpa kawan-kawan yang boleh terima aku seadanya. Sebab bila aku dekat sekolah lama, aku rasa macam aku ni halimunan. Kawan hanya ada bila diorang perlukan aku, bila semua dah settle, diorang tinggalkan aku. Tapi bila aku kat sini, sama-sama perlukan sesama sendiri. We went through everything together. Alhamdulillah. Aku bersyukur sebab aku jumpa kawan-kawan yang tak lekang ajak aku buat benda baik. I have this one friend who rarely neglects reading Quran. Setiap kali lepas solat mesti baca. Aku rasa itu mungkin salah satu sebab dia merupakan antara pelajar cemerlang dalam batch. Semenjak aku berkawan dengan dia, aku banyak ikut dia. Nak pula dia dormate aku. Memang aku dengan dia rapat macam isi dengan kuku. Aku sayang dia sangat-sangat. Aku bersyukur Allah hadirkan dia dalam hidup aku.
Satu lagi cerita. Situasi; waktu malam, malam minggu. Minggu peperiksaan. Aku dengan rajinnya pergi naik kelas seorang diri untuk mengulang kaji pelajaran walaupun malam tu malam weekend. (Maaf cerita aku banyak tentang waktu malam haha). Aku pun pergi naik kelas kat blok akademik. Sesampai je dekat kelas, aku nampak ada lah beberapa orang classmate aku duk main handphone (ini perkara biasa). Aku pergi kat tempat duduk aku. Belek-belek buku sikit (bukannya baca pun). Masa tu mood nak study tak datang. Kebetulan masa tu aku ada salah faham sikit dengan best friend aku, Aina Anis. Jadi aku ambil keputusan untuk tulis surat kat dia. Sebab aku taknaklah gaduh lama-lama kan. Dia kawan baik aku woi! Haha. Masa aku duk asyik tulis surat, semua yang ada dalam kelas tadi keluar dan balik blok asrama. Tinggallah aku seorang diri kat kelas. Masa tu aku tak rasa apa-apa lagi. Habis je aku tulis surat (surat tu panjang gila hahaha; lama aku tulis!) aku pun pack barang dan pergi bagi surat tu dekat Aina Anis. Aku tak ingat aku cakap apa dekat dia lepas tu aku pun blah. Satu demi satu kelas aku lalu, kelas 4 Balqis dah tutup lampu, takde orang.
Memang sunyi habis bila aku jalan kat kiosk blok akademik. Perasaan cuak dah menyelebungi diri aku. Aku pandang kiri kanan depan belakang. Takde orang. Aku rasa macam ada orang tengah ekori aku. Aku pun apa lagi, jalan laju gila! Dah lah blok akademik dengan blok asrama agak jauh sikit. Jalan nak ke blok asrama agak malap walaupun ada lampu. Berpeluh aku time tu. Aku cerita pasal ni kat kawan aku, lepas tu aku kena marah XD dia kata jangan pernah pergi mana-mana seorang diri kat sekolah ni lebih-lebih lagi waktu malam. Sebab sekolah ni bahaya sikit. Benda mistik selalu jadi.
Masa aku mula-mula duduk asrama, aku selalu basuh baju masa malam. Lepas tu pergi jemur baju dekat ampaian terbuka kat belakang blok sesorang. Berani tak hengat dunia aku time tu haha! Aku selamba je pergi jemur baju pukul 11.30 malam. Entah. Time tu aku rasa buat apa aku nak takut? Allah kan ada. Aku selalu baca ayat kursi. Tapi kawan-kawan semua duk marah-marah aku jangan pergi sensorang lagi lepas ni. Aku ni je yang degil. But after all aku pergi dengan adik dorm aku kalau nak pergi mana-mana time malam. Sebagai langkah berjaga-jagalah katakan.
Okeylah. Aku rasa panjang sangatlah aku tulis. Korang pun mungkin penat nak baca. Tak kisahlah. Janji aku dapat berkongsi sesuatu! Menulis memang hobi aku, so takleh nak buat apalah kan. Aku harap ada manfaat jugalah aku tulis pepanjang macam ni. Manalah tau I'll make someone's day kan? Hehe.
Kesimpulannya, kenangan itu yang buat hidup kita lebih indah dan bermakna. Tanpa kenangan dan pengalaman hidup kita bagai takde erti apa-apa. Biarlah kenangan tu pahit macam mana sekali pun, pasti ada makna disebaliknya. It makes us stronger and wiser. Subhanallah, perancangan Allah itu sangat indah. Mohon maaf kalau entry kali ni ada menyinggung hati mana-mana pihak atau terkasar bahasa. Niat aku hanya ingin berkongsi. Segala yang baik datang dari Allah swt dan segala yang buruk datang dari diri aku sendiri.
May Allah grant us blessing and endless happiness. In shaa Allah.
The passionate writer,
Syafiqah Fisal.






No comments:
Post a Comment