Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. Hello semuanya! Masha Allah, hari ni dah 31/12/2014, bermakna hari terakhir bagi tahun 2014. Alhamdulillah, thank you Allah! I survived this year. Thank you for all the chances, experiences and blessings You have let me! I'm totally grateful for it!
2014 is a good year for me. Yes, really. All the things that happened throughout this year had made who I am today. I'd gone through so much happiness, sorrows, fears, obstacles and heartbreaks just in this year alone and I'm not regretting any of it, because everything that happens always has a reason, right?
Aku rasa bermula tahun ni aku bertambah matang, dari segi pemikiran terutamanya. Aku dah bukan seperti aku yang dulu, aku yang sangat "pathetic" pada tahun-tahun sebelumnya. Bermula tahun ni jugalah aku dapat berfikir dengan baik. Aku kurang menangis tahun ni. Bukan sebab aku tak kuat, tapi aku rasa tahun ni banyak beri aku kegembiraan. Memang tak boleh dinafikan memang banyak benda aku lalui tahun ni. Tapi semua benda ni lah yang buat aku kuat. Aku bersyukur sangat-sangat.
Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
Ayat ni kena dengan situasi aku masa nak pindah sekolah tahun ni. Masa aku masih lagi bersekolah kat sekolah lama aku, aku rasa benci sangat dekat sekolah aku tu, aku pun taktahu kenapa. Kalau boleh aku nak pindah secepat yang mungkin. Sebenarnya sekolah lama aku takde la teruk sangat. Aku nak pindah sebab aku rasa sbp lagi bagus. Tuptup, aku dapat pindah. Gembira tak terkata aku masa tu. Mula-mula aku taknak pindah sebab fikirkan jauh dengan parents (sekolah baru aku dekat Kelantan). Aku taknaklah susahkan parents aku kan. Tapi parents aku bagi sokongan suruh pergi. Jadi aku pun pergi tanpa membuat solat istikharah. Bila aku dah sekolah dekat situ, aku tersedar sesuatu. Sekolah lama aku jauh lebih baik daripada sekolah baru aku walaupun hanya sekolah harian biasa. Aku rasa menyesal sangat aku pindah sekolah sebab dugaan yang aku hadapi dekat sekolah ni sangat kuat. Ada satu masa tu aku rasa aku dah tak mampu nak bertahan. Dan ya, aku sekali lagi tersedar, Allah letak aku kat sini mesti ada sebab. Walau macam mana pun aku benci kat sekolah baru aku ni, aku yakin Allah pasti ada sebab kenapa Dia letak aku kat sini. Nampak tak hebatnya rancangan Dia? Allahuakbar. Sejujurnya, aku tak menyesal sangat pindah sbp. Kalau aku tak masuk sbp, takkan mungkin aku dapat kenal dengan Aina Anis, Arifah, Hanan, Athirah, Aisyah, Jaja, Darina, Nelisha, Mimi, Zu, Syara, Husna, Ezzati dan lain-lain. Mereka ni banyak bagi aku pengajaran. Aku bersyukur sangat-sangat. Sungguh, aku banyak berubah semenjak masuk sekolah baharu. Sebab aku jumpa kawan-kawan yang sentiasa membimbing aku. Ya lah, dah duduk satu bumbung, mestilah kan. Alhamdulillah terima kasih Allah, terima kasih korang semua!
Tiba-tiba aku teringat masa awal tahun hari tu. Aku suka dekat sorang lelaki ni. Dia satu form dengan aku. Aku pun taktahu macam mana aku boleh suka kat dia. Mungkin sebab aku rasa selesa bila cakap dengan dia. And it turned out that he liked me too. Aku happy (siapa tak happy kalau crush kita suka kita balik, kan?). Itulah yang aku rasa masa tu. Tapi aku dengan dia tak bercouple, sebab aku taknak. Aku bukan jenis perempuan yang suka relationship-relationship ni. Tak, aku lain. Tapi bagi dia, dia anggap aku dengan dia bercouple. Pedehal tak pun. Tak lama lepas daripada tu, dia cakap dia hanya anggap aku sebagai seorang kawan, je. Allah. Alasan dia apa? Sebab nanti aku akan pindah, dia tak percaya diri dia. Dia takut perasaan dia berubah. Patah seribu aku masa tu. Kecewa sangat-sangat. Allah je tahu perasaan aku masa tu. Kalau ikutkan hati nak je aku hentak kepala dia. Lepas daripada tu, aku memang kurang bercakap dengan dia. Kalau aku nampak dia aku rasa menyampah sangat-sangat. Aku dah maafkan dia, tapi aku tak boleh lupa apa yang dia dah buat dekat aku. Tapi Alhamdulillah, aku bersyukur juga benda ni terjadi dekat aku. Aku dapat belajar sesuatu. Jangan mudah serahkan hati dekat sesiapa. Jangan mudah percayakan lelaki. Jangan mudah jatuh cinta dengan ayat-ayat manis seorang lelaki. Sebab apa? Semua tu tipu belaka. Kalau betul dia sayangkan kau, mesti dia nak yang terbaik buat kau. Dia takkan rosakkan kau dengan perbuatan dia. Kalau betul dia sayangkan kau, dia takkan berani nak buat benda jahat dekat kau. Sebab apa? Sebab Allah yang lebih dia utamakan. Allah yang lebih dia takuti. Kekadang aku terfikir, wujud lagi ke lelaki macam ni? *garu kepala*. The right guy will come at the right time. Ya. Aku yakin dengan kenyataan ni. Allah dah susun cantik semuanya. Kita kena bersabar sikit, ye dak?
Dalam tahun ni juga, aku dapat tahu siapa sahabat-sahabat aku yang sebenarnya. Aku seorang extrovert, jadi aku ada ramai kawan. Walaubagaimanapun, yang betul-betul sahabat aku hanyalah beberapa orang. Boleh kira pakai jari. Mereka ni lah insan-insan yang ada tika aku susah dan senang. Kau fikir senang ke nak cari sahabat macam ni? Tak mudah, weh. Serious. Mereka terima aku seadanya. Mereka tahu kekurangan aku, tapi mereka terima juga. Sumpah aku cakap aku taknak kehilangan diorang. They mean the world to me. Masa aku gelak, diorang ada. Masa aku menangis, diorang ada. Allah. Aku bersyukur sangat diorang ada dalam hidup aku. I can't afford to lose them. I want to keep them forever in my life. Tapi aku redha kalau Allah dah takdirkan mereka pergi, hilang dalam hidup aku. Buat masa ni, I'll cherish all the good times with them. I'll cherish them as much as I can. Wallahi, aku sayang korang kerana Allah. Semoga Allah merahmati ukhuwah kita. Aamiin.
Dalam tahun ni juga, aku nampak betapa besarnya pengorbanan mak ayah aku selama ni. Allahuakbar. Tak terkira pengorbanan diorang. Tanpa ummi dan baba, siapalah aku? Tanpa ummi dan baba, takkan mungkin aku sekuat ini. Ya, ummi dan baba juga sumber kekuatan aku selepas Allah SWT. Ummi dan baba tak pernah berhenti menyokong aku. Ummi dan baba tak pernah berhenti curahkan kasih sayang dekat kami adik-beradik. Aku bersyukur aku masih punya ibu dan ayah. Ummi selalu marah-marah aku, membebel pasal perangai aku. Bila aku fikir balik, aku dah banyak berubah sebab teguran ummi dan baba. Takleh nak tipulah kan aku rasa tertekan sebab asyik kena marah je, dah lah aku paling selalu kena marah dalam adik-beradik aku. Baru aku sedar, segala teguran dan bebelan ummi dan baba banyak mengubah aku. Ya. Aku berubah. Ummi dan baba guna istilah "ketegasan dalam kelembutan" dalam mendidik anak-anak mereka. Masha Allah, aku bersyukur sangat. Ummi dengan baba ialah anugerah terindah buat aku. Aku tak boleh bayangkan hidup aku macam mana kalau ummi dan baba bila mereka dah tak ada dekat dunia ni. Aku cinta mereka sangat-sangat. THEY ARE MY EVERYTHING. Aku harap aku dapat balas jasa mereka selama ni. Aku dah taknak kecewakan mereka dengan sikap aku. Aku nak jadi anak yang baik, anak yang solehah. In shaa Allah Aamiin. :')
Konklusinya, aku belajar banyak perkara pada tahun ni. Semua benda yang dah jadi dalam tahun 2014 banyak bagi aku pengajaran, yang baik mahupun yang buruk. Semuanya dah ditetapkan oleh Allah SWT. Indahnya perancangan Allah SWT. Allah uji kita bukan sebab Dia benci kita. Tak. Allah uji kita untuk melihat sejauh mana kita boleh bersabar dan bertahan dengan segalanya. Allah SWT sayang kita, sebab itu Dia uji. Sweet kan Tuhan kita? :') Alhamdulillah untuk semuanya ya Allah. Terima kasih sebab masih lagi beri aku peluang untuk terus berjuang, untuk terus bertaubat kepada-Mu.
Aku berdoa agar aku dapat jadi lebih baik pada tahun-tahun yang akan datang. Aku taknak minta banyak, aku hanya nak jadi insan yang baik dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi dekat aku. Aku yakin dan percaya dengan segala perancangan Allah SWT, sebab Dialah penentu segala-galanya. Allahuakbar.
SEMOGA TAHUN 2015 MENJADI TAHUN YANG LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA. AAMIIN.
Semoga Allah merahmati tahun baru ini. Aamiin ya rabbal alamin.
Maaf andai terkasar bahasa. Assalamualaikum wbt.
Ikhlas dari aku,
Syafiqah Fisal.




No comments:
Post a Comment