Sunday, December 21, 2014

Hari Yang Duka Cita

Assalamualaikum. Hai korang. Lama ambe tak hapdet belog. Sebenarnya aku tak tahu nak hapdet apa. Takde idea.

Hari ni aku rasa sangat messed up. Entah. Aku pun tak pasti sebab apa. Aku rasa nak menjerit. Rasa nak campak semua benda pun ada. Nak menangis tapi air mata dah tak mampu nak keluar. Mungkin sebab dah kering, sama macam hati aku. Peh. Ayat poyo. Tapi sungguhlah, aku rasa macam bengang gila hari ni. Taktau pasal apa. Atau mungkin aku tahu sebabnya apa.



Aku bengang dengan diri aku. Ya. Ala macamlah korang tak pernah rasa macam ni kan. Aku malas lah nak cerita pasal apa. Nanti orang kata aku rant tak kena tempat pula. Jadi biarlah rasa bengang ni aku simpan dalam hati dan hanya Allah je yang tahu. Ha korang tak payah risau aku tak bengang dekat siapa-siapa pun ok. Jangan rasa aku benci korang pula. Tak, aku tak benci sesiapa. Aku tak mudah benci orang. Bukan stail aku. 

Bercakap pasal benci hm hadomak aku rasa korang pun pernah experience kan? Haaalah ngaku je lah. Cuba hang cakap dari mana perasaan benci tu mai? Sebenaqnya rasa benci tu mai dari diri kita sendiri. Ya lah, kalau kita sendiri tak develop rasa benci tu, takkan perasaan tu nak mai pula kan? Ha sudah aku cakap bahasa utara pulak. Ok macam ni, aku tau mesti korang nak cakap perasaan benci tu muncul disebabkan oleh orang lain kan? ha tau dah, benda ni memang hakikat. Tapi kita tak boleh nak salahkan pihak lain atas rasa benci kita tu. Ish ish. Sungguhlah, kadang-kadang perangai sesetengah orang tu boleh buat kita benci kat dia. Normal lah kan, kita manusia. Tapi itulah manusia, hanya kerana satu kesalahan yang dilakukan, sungguh-sungguh mahu menghentam, menghina, mencaci, memaki, dan membenci insan tersebut. Langsung tak nampak kebaikan orang tu selama ni. Lepas tu kita rasa kita lagi baik daripada dia. Eee, kejinya kita! Nauzubillah minzalik.

A: Annoying gila dia ni. Nyampah siot!
B: Kan! Benci duh dengan dia ni. Dah lah perangai macam !@#$%^&*()_

Memang susah nak terima semua seadanya. Kalau betul lah kita semua memang terima diri semua orang seadanya dalam erti kata lain terima baik buruknya mesti hidup ni lebih baik dan bahagia kan? Tapi itulah manusia, bukannya mudah untuk melakukan perkara yang sedemikian. Hakikat manusia tiada yang sempurna, ada kelebihan ada kekurangan. Belajarlah untuk terima walaupun payah, walaupun perit, walaupun sakit. Sedarlah hakikat hanya Dia yang Esa sahaja yang Maha Sempurna. Jadi siapa kita untuk membenci seseorang hanya kerana satu kesalahan atau tersilap perangai (betul ke ayat ni oho) sedangkan diri kita sendiri pun punya kekurangan. 

Manusia memang banyak kelemahan dan kekurangan. But it doesn't mean kita kena terus kekal dalam kelemahan dan kekurangan tersebut. Ada kelemahan dan kekurangan yang boleh diubah. Seperti sikap kita lah contohnya, cuba kita tanya diri kita, apa kekurangan aku? Apa kelemahan aku? Jadi bila kita dah jumpa segala kelemahan dan kekurangan kita tanyalah kembali kepada diri kita, apa yang aku boleh buat untuk jadi lebih baik? Apa yang aku boleh ubah dalam diri aku? Sungguhlah, tak ada manusia yang tak ingin jadi baik. Sejahat-sejahat mana pun seseorang tu, pasti ada sekelumit rasa ingin menjadi baik dalam diri dia. Jadi apa salahnya kita ubah diri kita jadi lebih baik, kan? Ada satu masa kita perlu lakukan perubahan dalam diri kita, sebab kita akan pergi lebih jauh lagi lepas ni. Kita akan experience banyak lagi perkara jika Allah masih memanjangkan umur kita. Kalau kita tetap dengan diri kita yang macam ni, adakah kita yakin kita akan pergi lebih jauh? *tepuk dada tanya iman*.




Seperkara lagi, belajarlah untuk terima diri kita seadanya. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Sebab ada orang lain yang nak sangat jadi macam kita, tapi kita tak sedar. Mungkin kita benci diri kita, tapi kita tak sedar, ada orang yang sayang kita walaupun dia dah tahu kita ni macam mana. Ada orang yang nak kita happy. Ada orang yang nak kita bahagia. Allah SWT cipta manusia ni dah sempurna dah. Bersyukurlah, sebab manusia juga Allah SWT kurniakan banyak kelebihan. Kita je yang masih tak sedar, masih lalai untuk menyedari betapa besarnya nikmat Allah SWT kepada kita umat manusia. Allahu akbar. Alhamdulillah untuk semuanya ya Allah! :') Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. Bersyukur, bersyukur dan bersyukurlah, kelak Allah SWT akan tambah lagi nikmat-Nya kepada kita. In shaa Allah. 

Sampai sini sahaja. Alhamdulillah sambil aku menulis ni aku dapat kurangkan sikit amarah dalam jiwa aku. At least I got to express what I really feel and my emotions. Terima kasih ya Allah. Apa-apa pun, aku harap entry aku kali ni dapat memberikan sedikit manfaat, walaupun sebesar zarah. Harap-harap entry ini tak sia-sia. Aku haraplah. Ampun dan maaf andai tersalah bicara dan tersilap kata, sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah SWT dan segala yang buruk itu datang dari diri aku yang hina ni. Niat aku hanya nak sampaikan kebaikan (walaupun ayat aku ada yang mengarut sikit) tapi tak apa lah. Janji aku mampu nak ungkapkan apa yang selama ini aku fikirkan. 

Assalamualaikum kesayangan. Moga Allah merahmati kita semua. Aamiin.

Ikhlas dari aku,

Syafiqah Fisal.



No comments:

Post a Comment