Tuesday, December 30, 2014

2014: A good year, indeed.



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Hello semuanya! Masha Allah, hari ni dah 31/12/2014, bermakna hari terakhir bagi tahun 2014. Alhamdulillah, thank you Allah! I survived this year. Thank you for all the chances, experiences and blessings You have let me! I'm totally grateful for it!

2014 is a good year for me. Yes, really. All the things that happened throughout this year had made who I am today. I'd gone through so much happiness, sorrows, fears, obstacles and heartbreaks just in this year alone and I'm not regretting any of it, because everything that happens always has a reason, right? 

Aku rasa bermula tahun ni aku bertambah matang, dari segi pemikiran terutamanya. Aku dah bukan seperti aku yang dulu, aku yang sangat "pathetic" pada tahun-tahun sebelumnya. Bermula tahun ni jugalah aku dapat berfikir dengan baik. Aku kurang menangis tahun ni. Bukan sebab aku tak kuat, tapi aku rasa tahun ni banyak beri aku kegembiraan. Memang tak boleh dinafikan memang banyak benda aku lalui tahun ni. Tapi semua benda ni lah yang buat aku kuat. Aku bersyukur sangat-sangat.

Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". 

Ayat ni kena dengan situasi aku masa nak pindah sekolah tahun ni. Masa aku masih lagi bersekolah kat sekolah lama aku, aku rasa benci sangat dekat sekolah aku tu, aku pun taktahu kenapa. Kalau boleh aku nak pindah secepat yang mungkin. Sebenarnya sekolah lama aku takde la teruk sangat. Aku nak pindah sebab aku rasa sbp lagi bagus. Tuptup, aku dapat pindah. Gembira tak terkata aku masa tu. Mula-mula aku taknak pindah sebab fikirkan jauh dengan parents (sekolah baru aku dekat Kelantan). Aku taknaklah susahkan parents aku kan. Tapi parents aku bagi sokongan suruh pergi. Jadi aku pun pergi tanpa membuat solat istikharah. Bila aku dah sekolah dekat situ, aku tersedar sesuatu. Sekolah lama aku jauh lebih baik daripada sekolah baru aku walaupun hanya sekolah harian biasa. Aku rasa menyesal sangat aku pindah sekolah sebab dugaan yang aku hadapi dekat sekolah ni sangat kuat. Ada satu masa tu aku rasa aku dah tak mampu nak bertahan. Dan ya, aku sekali lagi tersedar, Allah letak aku kat sini mesti ada sebab. Walau macam mana pun aku benci kat sekolah baru aku ni, aku yakin Allah pasti ada sebab kenapa Dia letak aku kat sini. Nampak tak hebatnya rancangan Dia? Allahuakbar. Sejujurnya, aku tak menyesal sangat pindah sbp. Kalau aku tak masuk sbp, takkan mungkin aku dapat kenal dengan Aina Anis, Arifah, Hanan, Athirah, Aisyah, Jaja, Darina, Nelisha, Mimi, Zu, Syara, Husna, Ezzati dan lain-lain. Mereka ni banyak bagi aku pengajaran. Aku bersyukur sangat-sangat. Sungguh, aku banyak berubah semenjak masuk sekolah baharu. Sebab aku jumpa kawan-kawan yang sentiasa membimbing aku. Ya lah, dah duduk satu bumbung, mestilah kan. Alhamdulillah terima kasih Allah, terima kasih korang semua!

Tiba-tiba aku teringat masa awal tahun hari tu. Aku suka dekat sorang lelaki ni. Dia satu form dengan aku. Aku pun taktahu macam mana aku boleh suka kat dia. Mungkin sebab aku rasa selesa bila cakap dengan dia. And it turned out that he liked me too. Aku happy (siapa tak happy kalau crush kita suka kita balik, kan?). Itulah yang aku rasa masa tu. Tapi aku dengan dia tak bercouple, sebab aku taknak. Aku bukan jenis perempuan yang suka relationship-relationship ni. Tak, aku lain. Tapi bagi dia, dia anggap aku dengan dia bercouple. Pedehal tak pun. Tak lama lepas daripada tu, dia cakap dia hanya anggap aku sebagai seorang kawan, je. Allah. Alasan dia apa? Sebab nanti aku akan pindah, dia tak percaya diri dia. Dia takut perasaan dia berubah. Patah seribu aku masa tu. Kecewa sangat-sangat. Allah je tahu perasaan aku masa tu. Kalau ikutkan hati nak je aku hentak kepala dia. Lepas daripada tu, aku memang kurang bercakap dengan dia. Kalau aku nampak dia aku rasa menyampah sangat-sangat. Aku dah maafkan dia, tapi aku tak boleh lupa apa yang dia dah buat dekat aku. Tapi Alhamdulillah, aku bersyukur juga benda ni terjadi dekat aku. Aku dapat belajar sesuatu. Jangan mudah serahkan hati dekat sesiapa. Jangan mudah percayakan lelaki. Jangan mudah jatuh cinta dengan ayat-ayat manis seorang lelaki. Sebab apa? Semua tu tipu belaka. Kalau betul dia sayangkan kau, mesti dia nak yang terbaik buat kau. Dia takkan rosakkan kau dengan perbuatan dia. Kalau betul dia sayangkan kau, dia takkan berani nak buat benda jahat dekat kau. Sebab apa? Sebab Allah yang lebih dia utamakan. Allah yang lebih dia takuti. Kekadang aku terfikir, wujud lagi ke lelaki macam ni? *garu kepala*. The right guy will come at the right time. Ya. Aku yakin dengan kenyataan ni. Allah dah susun cantik semuanya. Kita kena bersabar sikit, ye dak?

Dalam tahun ni juga, aku dapat tahu siapa sahabat-sahabat aku yang sebenarnya. Aku seorang extrovert, jadi aku ada ramai kawan. Walaubagaimanapun, yang betul-betul sahabat aku hanyalah beberapa orang. Boleh kira pakai jari. Mereka ni lah insan-insan yang ada tika aku susah dan senang. Kau fikir senang ke nak cari sahabat macam ni? Tak mudah, weh. Serious. Mereka terima aku seadanya. Mereka tahu kekurangan aku, tapi mereka terima juga. Sumpah aku cakap aku taknak kehilangan diorang. They mean the world to me. Masa aku gelak, diorang ada. Masa aku menangis, diorang ada. Allah. Aku bersyukur sangat diorang ada dalam hidup aku. I can't afford to lose them. I want to keep them forever in my life. Tapi aku redha kalau Allah dah takdirkan mereka pergi, hilang dalam hidup aku. Buat masa ni, I'll cherish all the good times with them. I'll cherish them as much as I can. Wallahi, aku sayang korang kerana Allah. Semoga Allah merahmati ukhuwah kita. Aamiin.

Dalam tahun ni juga, aku nampak betapa besarnya pengorbanan mak ayah aku selama ni. Allahuakbar. Tak terkira pengorbanan diorang. Tanpa ummi dan baba, siapalah aku? Tanpa ummi dan baba, takkan mungkin aku sekuat ini. Ya, ummi dan baba juga sumber kekuatan aku selepas Allah SWT. Ummi dan baba tak pernah berhenti menyokong aku. Ummi dan baba tak pernah berhenti curahkan kasih sayang dekat kami adik-beradik. Aku bersyukur aku masih punya ibu dan ayah. Ummi selalu marah-marah aku, membebel pasal perangai aku. Bila aku fikir balik, aku dah banyak berubah sebab teguran ummi dan baba. Takleh nak tipulah kan aku rasa tertekan sebab asyik kena marah je, dah lah aku paling selalu kena marah dalam adik-beradik aku. Baru aku sedar, segala teguran dan bebelan ummi dan baba banyak mengubah aku. Ya. Aku berubah. Ummi dan baba guna istilah "ketegasan dalam kelembutan" dalam mendidik anak-anak mereka. Masha Allah, aku bersyukur sangat. Ummi dengan baba ialah anugerah terindah buat aku. Aku tak boleh bayangkan hidup aku macam mana kalau ummi dan baba bila mereka dah tak ada dekat dunia ni. Aku cinta mereka sangat-sangat. THEY ARE MY EVERYTHING. Aku harap aku dapat balas jasa mereka selama ni. Aku dah taknak kecewakan mereka dengan sikap aku. Aku nak jadi anak yang baik, anak yang solehah. In shaa Allah Aamiin. :')

Konklusinya, aku belajar banyak perkara pada tahun ni. Semua benda yang dah jadi dalam tahun 2014 banyak bagi aku pengajaran, yang baik mahupun yang buruk. Semuanya dah ditetapkan oleh Allah SWT. Indahnya perancangan Allah SWT. Allah uji kita bukan sebab Dia benci kita. Tak. Allah uji kita untuk melihat sejauh mana kita boleh bersabar dan bertahan dengan segalanya. Allah SWT sayang kita, sebab itu Dia uji. Sweet kan Tuhan kita? :') Alhamdulillah untuk semuanya ya Allah. Terima kasih sebab masih lagi beri aku peluang untuk terus berjuang, untuk terus bertaubat kepada-Mu. 

Aku berdoa agar aku dapat jadi lebih baik pada tahun-tahun yang akan datang. Aku taknak minta banyak, aku hanya nak jadi insan yang baik dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi dekat aku. Aku yakin dan percaya dengan segala perancangan Allah SWT, sebab Dialah penentu segala-galanya. Allahuakbar. 

SEMOGA TAHUN 2015 MENJADI TAHUN YANG LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA. AAMIIN. 

Semoga Allah merahmati tahun baru ini. Aamiin ya rabbal alamin.

Maaf andai terkasar bahasa. Assalamualaikum wbt. 

Ikhlas dari aku, 

Syafiqah Fisal.


Tuesday, December 23, 2014

Unspoken Thoughts

Assalamualaikum. Hey everyone. Are you guys doing fine? I hope so. So today I feel like blurting out my mind again. Nah, not really. I'm just in the mood of expressing what I feel. Since I don't know to whom I can spill my thoughts... so yeah. Luckily Blogger still exists... If not I might have to jot down everything in my diary book (well I still write in my diary though).

Honestly, something's been bugging me. I don't know what it is. But I keep thinking of it lately. I did tell this to my friends but... I still couldn't find the answer.

I think I'm the most boring person. I'm not underestimating myself though, it's just that, I think I haven't even accomplished anything in my life. It's not like I can't. It's not like I can't achieve it. It's just me. I don't work for what I really want. And I don't even know what I really want. It saddens me, really. I'm the kind of person who gives up easily. I wasn't like this before. I never was like this. I was a try-harder person. Now I wonder... where did my old self go? The one who never knew what giving up means. But then everything changed. Since I encountered high school, I feel like everything is hard. Everything is impossible. Again. I almost gave up on life. And I have been hating myself for this though. It pisses me off when I see my friends working so hard to achieve what they want. Why can't I be like them? I wish I was that kind of person, when somebody asks "Hey what are you doing?" "Nah I'm just reading something." etc etc. Usually if someone asks me this kind of question my answer is always the same, "Nah I'm not doing anything, just tweeting/onlining." Like seriously I just realised that I don't have a life anymore. What do I get spending most of my time on these? NOTHING. And I'm really having troubles to get over it.

I have no motivation to study. This sucks a lot. The urge to study is overwhelming but... I just can't. Whenever I try to study there's always a thing that keeps distracting me. I can't even focus on studying. Holidays are about to end and I don't even know what I've revised. I did revise, but I can't seem to remember what I've learnt. I'm like... losing hopes. I don't know what to do anymore.

Apparently, someone just confessed to me a few days ago. And I honestly do not know how to respond to this. It's not like I have never received any confessions before. I did, like for so many times. And for so many times, I really do not know how to respond to a confession. It leaves me awkward and clueless. And I usually end up rejecting all the confessions. Am I cruel? I don't think so. I don't want to give people false hope because it hurts like heck. I have experienced it. I don't mean to hurt anyone but... you don't force someone to like you back, right? This guy who confessed to me that day just asked to be my friend. This had me thinking... for a while. Okay, you want to be my friend, but do you really just want to be my friend? I don't think so. You must have other intention beneath the real one. And frankly speaking I don't fall for someone that easily. No. It takes time. Once I get too attached to someone, it'll be hard for me to get over them. But I accepted him (the one who confessed to me) as my friend anyway. I have never talked to him before. I barely noticed his presence in my previous school. But he had been stalking me since then. Well I think that it is nice to know that actually somebody out there has a crush on me. But at the same time it annoys me. I don't know.

So that's that. And there's one more thing that I've been thinking though. (I'm sorry I'm basically writing about my thoughts and feelings).  Is it okay to hold on to someone for so long? Is it worth it? Should I move on? I have been asking this question to myself and I can't seem to find any answers. I'm clueless. I can never lie to my own feelings. And I find that being faithful hurts a lot. What do I get if I stay loyal to someone whom I'm not even sure will be mine. Is it worth waiting? I don't know. I'm practically just going with the flow. It sickens me sometimes. I have never loved someone so much that I think I'm never ready to let him go. But then this has me thinking... is it worth it? I don't know and I'm truly clueless.

I think that's all. I'm sorry for ranting. I'm just writing down my heart and mind. Thank you for those who read. I really appriciate it.

Yours sincerely,

Syafiqah Fisal.

Sunday, December 21, 2014

Hari Yang Duka Cita

Assalamualaikum. Hai korang. Lama ambe tak hapdet belog. Sebenarnya aku tak tahu nak hapdet apa. Takde idea.

Hari ni aku rasa sangat messed up. Entah. Aku pun tak pasti sebab apa. Aku rasa nak menjerit. Rasa nak campak semua benda pun ada. Nak menangis tapi air mata dah tak mampu nak keluar. Mungkin sebab dah kering, sama macam hati aku. Peh. Ayat poyo. Tapi sungguhlah, aku rasa macam bengang gila hari ni. Taktau pasal apa. Atau mungkin aku tahu sebabnya apa.



Aku bengang dengan diri aku. Ya. Ala macamlah korang tak pernah rasa macam ni kan. Aku malas lah nak cerita pasal apa. Nanti orang kata aku rant tak kena tempat pula. Jadi biarlah rasa bengang ni aku simpan dalam hati dan hanya Allah je yang tahu. Ha korang tak payah risau aku tak bengang dekat siapa-siapa pun ok. Jangan rasa aku benci korang pula. Tak, aku tak benci sesiapa. Aku tak mudah benci orang. Bukan stail aku. 

Bercakap pasal benci hm hadomak aku rasa korang pun pernah experience kan? Haaalah ngaku je lah. Cuba hang cakap dari mana perasaan benci tu mai? Sebenaqnya rasa benci tu mai dari diri kita sendiri. Ya lah, kalau kita sendiri tak develop rasa benci tu, takkan perasaan tu nak mai pula kan? Ha sudah aku cakap bahasa utara pulak. Ok macam ni, aku tau mesti korang nak cakap perasaan benci tu muncul disebabkan oleh orang lain kan? ha tau dah, benda ni memang hakikat. Tapi kita tak boleh nak salahkan pihak lain atas rasa benci kita tu. Ish ish. Sungguhlah, kadang-kadang perangai sesetengah orang tu boleh buat kita benci kat dia. Normal lah kan, kita manusia. Tapi itulah manusia, hanya kerana satu kesalahan yang dilakukan, sungguh-sungguh mahu menghentam, menghina, mencaci, memaki, dan membenci insan tersebut. Langsung tak nampak kebaikan orang tu selama ni. Lepas tu kita rasa kita lagi baik daripada dia. Eee, kejinya kita! Nauzubillah minzalik.

A: Annoying gila dia ni. Nyampah siot!
B: Kan! Benci duh dengan dia ni. Dah lah perangai macam !@#$%^&*()_

Memang susah nak terima semua seadanya. Kalau betul lah kita semua memang terima diri semua orang seadanya dalam erti kata lain terima baik buruknya mesti hidup ni lebih baik dan bahagia kan? Tapi itulah manusia, bukannya mudah untuk melakukan perkara yang sedemikian. Hakikat manusia tiada yang sempurna, ada kelebihan ada kekurangan. Belajarlah untuk terima walaupun payah, walaupun perit, walaupun sakit. Sedarlah hakikat hanya Dia yang Esa sahaja yang Maha Sempurna. Jadi siapa kita untuk membenci seseorang hanya kerana satu kesalahan atau tersilap perangai (betul ke ayat ni oho) sedangkan diri kita sendiri pun punya kekurangan. 

Manusia memang banyak kelemahan dan kekurangan. But it doesn't mean kita kena terus kekal dalam kelemahan dan kekurangan tersebut. Ada kelemahan dan kekurangan yang boleh diubah. Seperti sikap kita lah contohnya, cuba kita tanya diri kita, apa kekurangan aku? Apa kelemahan aku? Jadi bila kita dah jumpa segala kelemahan dan kekurangan kita tanyalah kembali kepada diri kita, apa yang aku boleh buat untuk jadi lebih baik? Apa yang aku boleh ubah dalam diri aku? Sungguhlah, tak ada manusia yang tak ingin jadi baik. Sejahat-sejahat mana pun seseorang tu, pasti ada sekelumit rasa ingin menjadi baik dalam diri dia. Jadi apa salahnya kita ubah diri kita jadi lebih baik, kan? Ada satu masa kita perlu lakukan perubahan dalam diri kita, sebab kita akan pergi lebih jauh lagi lepas ni. Kita akan experience banyak lagi perkara jika Allah masih memanjangkan umur kita. Kalau kita tetap dengan diri kita yang macam ni, adakah kita yakin kita akan pergi lebih jauh? *tepuk dada tanya iman*.




Seperkara lagi, belajarlah untuk terima diri kita seadanya. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Sebab ada orang lain yang nak sangat jadi macam kita, tapi kita tak sedar. Mungkin kita benci diri kita, tapi kita tak sedar, ada orang yang sayang kita walaupun dia dah tahu kita ni macam mana. Ada orang yang nak kita happy. Ada orang yang nak kita bahagia. Allah SWT cipta manusia ni dah sempurna dah. Bersyukurlah, sebab manusia juga Allah SWT kurniakan banyak kelebihan. Kita je yang masih tak sedar, masih lalai untuk menyedari betapa besarnya nikmat Allah SWT kepada kita umat manusia. Allahu akbar. Alhamdulillah untuk semuanya ya Allah! :') Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. Bersyukur, bersyukur dan bersyukurlah, kelak Allah SWT akan tambah lagi nikmat-Nya kepada kita. In shaa Allah. 

Sampai sini sahaja. Alhamdulillah sambil aku menulis ni aku dapat kurangkan sikit amarah dalam jiwa aku. At least I got to express what I really feel and my emotions. Terima kasih ya Allah. Apa-apa pun, aku harap entry aku kali ni dapat memberikan sedikit manfaat, walaupun sebesar zarah. Harap-harap entry ini tak sia-sia. Aku haraplah. Ampun dan maaf andai tersalah bicara dan tersilap kata, sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah SWT dan segala yang buruk itu datang dari diri aku yang hina ni. Niat aku hanya nak sampaikan kebaikan (walaupun ayat aku ada yang mengarut sikit) tapi tak apa lah. Janji aku mampu nak ungkapkan apa yang selama ini aku fikirkan. 

Assalamualaikum kesayangan. Moga Allah merahmati kita semua. Aamiin.

Ikhlas dari aku,

Syafiqah Fisal.



Monday, December 8, 2014

Kenangan Tak Boleh Dibeli

Assalamualaikum dan hai semua! How are you guys doing? Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt gamaknya. In shaa Allah Aamiin. Hari ni aku rasa gatal tangan nak update blog. Sebab dah lama tinggalkan. Haha. Lamalah sangat! Seminggu je kut. Cuti-cuti ni memanglah boleh nak update selalu kan. Tahun depan dah nak SPM. Aku tak rasa aku akan ada banyak masa untuk mengupdate perkembangan semasa aku. Next year is going to be really hectic! Takutlah. Aku tak bersedia lagi nak menghadapinya aaaaaaaaa. Okey okey cukup. This is not what I'm going to talk about.

Malam tadi sebelum aku tidur, aku sesajalah kan action depan cermin. Adik aku dah tidur dah masa tu. Dan-dan je aku duk action depan cermin, aku terjumpa diary book aku masa aku tingkatan tiga. Ah, aku pun apa lagi, selak habislah buku tu. Aku tersenyum sendiri. Ya, sebab aku teringat kenangan dulu-dulu. Tapi buku tu aku tak guna sampai habis sebab, yalah, tahun lepas aku busy dengan PMR, jadi aku tak ada banyak masa sangat nak tulis macam-macam. Tulis pun bila aku rasa aku stress sangat. Maklumlah, menuliskan memang hobi aku. So yeah. Maybe to some of you guys, keeping a diary is so old-school. Tapi bagi aku tak. Aku nak simpan diary aku sampai aku besar. Nanti bolehlah aku baca balik apa yang aku dah tulis lepas tu gelak sorang-sorang. Haa.




Bismillahirahmanirrahim.

Kenangan. Apakah itu kenangan? Ha cepat jawab! Aku yakin korang ada jawapan sendiri kan. Jadi, bagi aku, memory is like something that adds up colours in our life so it won't be foggy and dead. Kenangan boleh jadi pengalaman. Dan pengalaman tak boleh dibeli! Setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita mesti ada sebab dan hikmahnya. Jadi terimalah segala pahit getir hidup dengan hati yang terbuka dan redha.

Bercakap tentang kenangan, aku tetiba teringat masa mula-mula aku masuk asrama. Everything went pretty well. Untuk orang yang friendly macam aku ni, ianya bukan suatu masalah untuk aku 'blend in' dengan suasana baru. Tapi, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Aku dah cuba untuk jadi sefriendly yang aku boleh sebab memang salah satu niat aku datang sekolah tu sebab aku nak buat ramai kawan. I love making friends! Dugaan itu memang kuat. Boleh dikatakan aku dibenci oleh semua orang dekat sekolah tu. Yang sanggup berkawan dengan aku pun pelajar-pelajar tingkatan empat ambilan baru. Ya. Diorang je yang tak pernah kisah pasal siapa diri aku yang sebenarnya. Aku bersyukur sangat aku jumpa orang-orang seperti mereka.




Ingat lagi masa malam dinner bulan puasa hari tu. Batch aku buka puasa kat sebuah resort ni. Mula-mula pelajar-pelajar baru tak ikut sebab (adalah sebab-sebabnya kan). Aku pun tak kisah sangat pasal benda tu sebenarnya. Lepas tu pengetua kata semua ikut. Okey jadi kitorang pun ikut. Aku perasanlah kan yang pioneers ni tak senang dengan kehadiran kitorang pelajar baru ni. Aku boleh rasa 'negative aura' oleh mereka. Semua pandang atas bawah. Eh kau fikir aku tak sakit hati ke? I just went with the flow. Habis buka puasa apa semua, balik. Masa balik tu, ada sesuatu yang terjadi. We exchanged buses. So yang naik bus yang sebelum ni kena tukar naik bas lain. Aku okey je. Masa aku nak duduk kat satu tempat duduk ni, (tempat duduk tu ada beg orang) tapi aku duduk juga sebab memang dah takde tempat duduk lain. Tetiba ada sorang makhluk Allah ni datang jerkah aku, menjerit-jerit marah aku depan semua orang. Luruh jiwa raga aku masa tu. Cukuplah aku dah bad mood seharian, ni free-free kena sound depan orang ramai sebab aku duduk tempat duduk kawan dia. Allahu rabbi. Aku takleh ungkapkan perasaan aku masa tu. Kecewa, marah, bengang sangat-sangat. Benci sangat ke diorang dengan aku? Ikutkan hati aku nak je aku duduk atas lantai. Tapi nasib baik ada yang baik hati tawarkan suruh aku duduk sebelah diorang. Sepanjang perjalanan tu aku menangis sepuas-puasnya. Takde orang perasan sebab bas tu gelap. Perjalanan tu mengambil masa sejam lebih. Kalau boleh memang aku nak menjerit je (I did scream). Aku menjerit bila aku dah sampai dorm. Aku telefon mak aku. Aku menangis teresak-esak.

"Ummi akak dah penat nak puaskan hati semua orang! Semua benda akak buat semua salah! Ummi akak penat!" Tu yang aku cakap dekat mak aku. Ya, aku menjerit. Mata aku bengkak. Adik dorm aku semua dah pelik tengok aku. Ada yang datang usap-usap aku. Mungkin bagi korang aku ni fragile sangat pasal benda tu pun nak menangis. Takpe. Ikut koranglah nak fikir apa kan. Malam tu memang aku tak cakap dengan semua orang. Dengan dormates memang aku tak cakap langsung. Bacaan Al-Mulk pun aku tak join. Aku tidur lepas aku dah habis cakap dengan mak aku. Allah. Jiwa aku tertekan sangat masa tu.

Itu antara kenangan pahit dalam sejarah hidup aku. Bagi korang mungkin tak pahit. Bagi aku ya. Sebab aku dimalukan depan semua orang. Aku dahlah orang baru. Of course, benda tu memang menyakitkan. Aku dibenci semua orang. Aku memang tak kuat pada mulanya. Tapi Alhamdulillah berkat kekuatan yang Allah kurniakan melalui ibu dan ayah aku, aku bangkit kembali. Lepas daripada tu memang aku dah tak kisah pasal sesiapa pun dekat sekolah tu. Aku yang peramah dah hilang. I started unnoticing all people. Takdelah semua. Those who don't deserve it, yeah. Sesiapa yang nak berkawan dengan aku, datanglah. Aku terima dengan hati yang terbuka.

Okey. Sedih kan? Hahaha. Cukup-cukup. Aku taknak cerita sedih-sedih lagi. Marilah aku cerita pula kenangan gembira aku dekat sekolah ni. Ceh! Semua dekat asrama. Sesaja je nak cerita sebenarnya sebab duduk kat asrama ni banyak ajar aku tentang kehidupan. Alhamdulillah, I've learnt so many things. Situasi berlaku masa bulan puasa juga. Masa tu sepuluh malam terakhir bulan Ramadan. Jadi aktiviti qiamullail sangat aktif. Aku dengan geng-geng FoBa (Form Four Baru) semua join. Malam tu kitorang tidur dekat musolla. Musolla tu besar jadi memang boleh memuatkan ramai orang. Aku tidurlah dengan foba. Malam tu aku rasa seronok sangat sebab sebelum kitorang tidur, kitorang baca Al-Mulk ramai-ramai. Dah habis baca Al-Mulk, it was time to sleep. Tapi aku dengan diorang tak tidur lagi sebab buat homework. Lepas dah siap semua, kitorang borak-borak. Mostly kitorang cakap pasal life kitorang. Aku rasa seronok. Aku jumpa kawan-kawan yang boleh terima aku seadanya. Sebab bila aku dekat sekolah lama, aku rasa macam aku ni halimunan. Kawan hanya ada bila diorang perlukan aku, bila semua dah settle, diorang tinggalkan aku. Tapi bila aku kat sini, sama-sama perlukan sesama sendiri. We went through everything together. Alhamdulillah. Aku bersyukur sebab aku jumpa kawan-kawan yang tak lekang ajak aku buat benda baik. I have this one friend who rarely neglects reading Quran. Setiap kali lepas solat mesti baca. Aku rasa itu mungkin salah satu sebab dia merupakan antara pelajar cemerlang dalam batch. Semenjak aku berkawan dengan dia, aku banyak ikut dia. Nak pula dia dormate aku. Memang aku dengan dia rapat macam isi dengan kuku. Aku sayang dia sangat-sangat. Aku bersyukur Allah hadirkan dia dalam hidup aku.




Satu lagi cerita. Situasi; waktu malam, malam minggu. Minggu peperiksaan. Aku dengan rajinnya pergi naik kelas seorang diri untuk mengulang kaji pelajaran walaupun malam tu malam weekend. (Maaf cerita aku banyak tentang waktu malam haha). Aku pun pergi naik kelas kat blok akademik. Sesampai je dekat kelas, aku nampak ada lah beberapa orang classmate aku duk main handphone (ini perkara biasa). Aku pergi kat tempat duduk aku. Belek-belek buku sikit (bukannya baca pun). Masa tu mood nak study tak datang. Kebetulan masa tu aku ada salah faham sikit dengan best friend aku, Aina Anis. Jadi aku ambil keputusan untuk tulis surat kat dia. Sebab aku taknaklah gaduh lama-lama kan. Dia kawan baik aku woi! Haha. Masa aku duk asyik tulis surat, semua yang ada dalam kelas tadi keluar dan balik blok asrama. Tinggallah aku seorang diri kat kelas. Masa tu aku tak rasa apa-apa lagi. Habis je aku tulis surat (surat tu panjang gila hahaha; lama aku tulis!) aku pun pack barang dan pergi bagi surat tu dekat Aina Anis. Aku tak ingat aku cakap apa dekat dia lepas tu aku pun blah. Satu demi satu kelas aku lalu, kelas 4 Balqis dah tutup lampu, takde orang.

Memang sunyi habis bila aku jalan kat kiosk blok akademik. Perasaan cuak dah menyelebungi diri aku. Aku pandang kiri kanan depan belakang. Takde orang. Aku rasa macam ada orang tengah ekori aku. Aku pun apa lagi, jalan laju gila! Dah lah blok akademik dengan blok asrama agak jauh sikit. Jalan nak ke blok asrama agak malap walaupun ada lampu. Berpeluh aku time tu. Aku cerita pasal ni kat kawan aku, lepas tu aku kena marah XD dia kata jangan pernah pergi mana-mana seorang diri kat sekolah ni lebih-lebih lagi waktu malam. Sebab sekolah ni bahaya sikit. Benda mistik selalu jadi.

Masa aku mula-mula duduk asrama, aku selalu basuh baju masa malam. Lepas tu pergi jemur baju dekat ampaian terbuka kat belakang blok sesorang. Berani tak hengat dunia aku time tu haha! Aku selamba je pergi jemur baju pukul 11.30 malam. Entah. Time tu aku rasa buat apa aku nak takut? Allah kan ada. Aku selalu baca ayat kursi. Tapi kawan-kawan semua duk marah-marah aku jangan pergi sensorang lagi lepas ni. Aku ni je yang degil. But after all aku pergi dengan adik dorm aku kalau nak pergi mana-mana time malam. Sebagai langkah berjaga-jagalah katakan.

Okeylah. Aku rasa panjang sangatlah aku tulis. Korang pun mungkin penat nak baca. Tak kisahlah. Janji aku dapat berkongsi sesuatu! Menulis memang hobi aku, so takleh nak buat apalah kan. Aku harap ada manfaat jugalah aku tulis pepanjang macam ni. Manalah tau I'll make someone's day kan? Hehe.

Kesimpulannya, kenangan itu yang buat hidup kita lebih indah dan bermakna. Tanpa kenangan dan pengalaman hidup kita bagai takde erti apa-apa. Biarlah kenangan tu pahit macam mana sekali pun, pasti ada makna disebaliknya. It makes us stronger and wiser. Subhanallah, perancangan Allah itu sangat indah. Mohon maaf kalau entry kali ni ada menyinggung hati mana-mana pihak atau terkasar bahasa. Niat aku hanya ingin berkongsi. Segala yang baik datang dari Allah swt dan segala yang buruk datang dari diri aku sendiri.

May Allah grant us blessing and endless happiness. In shaa Allah.

The passionate writer,

Syafiqah Fisal.

Monday, December 1, 2014

Twenty Facts About Me

Assalamualaikum and hey everyone! Time flies so fast that we don't realize it's December already! I just hope this December will be a meaningful, productive and unwasted December! Today I feel like writing. And I'm writing facts about me! Maybe somebody out there wants to get to know me hehe. But I'm not gonna jot down everything though. These are just little things that maybe some of  you wanna know. So here are the facts about myself! :D


The ugly-little-shet me.

1. Amiable. I love being friends with everyone! I love making friends because I don't know it kinda makes me happy. But the problem is nobody likes being friends with me. Hm.

2. I love cute things! I really really love cute stuff!! My eyes will sparkle brightly when I see something cute. I love cute anime girls and it makes me want to look cute like them too XD (It's a fact, okay)

3. Books lover. Yes. I really love reading. Sometimes I can find my true self through reading. And sometimes books can define who I really am. My imagination gets a little high when I'm reading.

4. I get along better with the elders rather than with the youngers. I don't know why either. I think I'm too young to be talking with the youngsters. When I talk to the elderly people, I can talk about almost anything. I think my mental age isn't the same as my real age. (No I'm not a grandma!!!) I mean, I always find myself thinking outside the box. And only the elders seem to understand. So that's the reason why.

5. I'm always excited when I talk about the things I love. Of course! Who wouldn't get excited, right? I would even scream if I'm too elated. I can't describe the feeling I get when someone shares the same interest like I do.

6. I have a terribly low self-esteem. I can't deny this though. I always belittle myself because I think there are so many people who are better than me. I have problems with my self-confidence, too. I can't help it but feel bad about myself.

7. Soft-hearted. Too soft-hearted, I would say. I cry too easily.

8. I hate liars and lies. I'd rather accept the truth than be deceived.

9.  I don't have a fixed ambition. I haven't thought of what I'm going to be in the future. I have so many ambitions but none of them suits me. Let's just see how it turns out later, heh.

10. Talkative. I talk a lot. A lot more than you can imagine. That's why I can get along with anyone.

11. Enigmatic. I'm hard to be understood by everyone. I'm so complex. Some people might just get tired of me. I don't understand myself either.

12. Boring. I think this is true??? I find myself boring. Maybe it's because I can't please people the way they want it. (Sorry not sorry but I'm just being myself)

13. I sleep when I'm too stressed or depressed. Sleeping does heal. It helps me to forget all the pain and problems I'm enduring. It kinda pauses my life for a while. One more thing, I can only think rasionally after sleeping. I can only think what I ought to do after waking up. Even a short nap will do.

14. 1/2 introverted 1/2 extroverted. Sometimes I get energised when I'm both alone and around people. I'm not an over-socialized person. I socialize when needed (Of course it is important!). Sometimes I feel annoyed when there are so many people and I just wish I could banish them all.

15. I only have one guy best friend. Out of all people, he's the only one. I don't have to be anyone else just to be with him. And he accepts me for who I am (because nobody can stand a 'shitty' person like me but him). I can never afford to lose a friend like him.

16. I laugh at the stupidest things. I spend most of the time laughing. Sounds crazy, doesn't it? I laugh 'til I burst into tears. I can cry right after a long laugh.

17. I do overthink. And it kills.

18. When I love someone, I love them so hard. That's why I can't get rid of someone easily. I can get rid of them if and only if I'm way too broken-hearted. That way I can't fogive them at all, and I'll start hating on them, until I feel like stopping.

19. I forgive people too easily. I can't get mad at someone for so long because that's not who I am. I may forgive, but I won't forget.

20. I don't date. I don't like the idea of dating nowadays. To me it's not cool. I love being single as I'm still young. It's still not the right time yet to fall in love and be in love (but I can't help myself crushing on people). I see kids younger than me having boyfriends/girlfriends and I'm like, WHAT?! I'm no one to judge them but hey kids, there's like a bunch of things we can do instead of dating. We should know how to handle this thing.

So that's it! 20 facts about me! I hope this helps you guys to get to know me. (I'm writing this is basically because I'm bored) so yeah. I hope I can improve myself to be a better person. Nobody's perfect anyway. Everyone has their own flaws, so do I. I wish I can learn to love myself more because if I don't love myself, how am I even loving other people, right? I wish I can learn to accept me for who I am. I don't want to hate myself anymore because Allah has made me this way. Alhamdulillah.

Okay. See guys later. May this December be the best month ever! In shaa Allah, aamiin!

Written sincerely by,

Syafiqah Fisal.



Sunday, November 23, 2014

Berubah

Assalamualaikum semuanya! Happy holidays! Alhamdulillah setelah sekian lama dapat juga aku pulang ke 'kampung halaman' aku di Kuala Lumpur. Peh. Tak mampu nak letak dalam kata-kata betapa gembiranya aku dapat balik rumah sendiri. Kalau sebelum ni aku selalu tumpang rumah makcik-makcik aku dekat Kelantan dan hanya beberapa kali saja pulang ke Kuala Lumpur, sekarang dapat juga aku pulang. Alhamdulillah. Ha, korang apa khabar? Apa plan masa cuti? Aku? Pretty much studying because tahun depan SPM!!! Omg!!! Well, not really studying though. Okay. Enough mumbling.




Jadi, kenapa tajuk entry kali ni 'Berubah'? Okey. Aku sebenarnya nak bercakap tentang perubahan dan berubah ke arah yang lebih baik. Ya, dalam hidup setiap manusia pasti ada turning point, kan? Walaupun hanya sebesar zarah, mesti ada juga kan? Berubah ke arah yang lebih baik. Changing for the better, yes. Mari kita hayati perbualan dua orang sahabat ni.

-----------------------------------

Situasi di sebuah sekolah berasrama penuh, musim peperiksaan akhir tahun, semua pelajar bagai nak rak mengulang kaji pelajaran. 

Anisah bingung. 'Apa benda ni? Tak faham aku!' Sambil menggaru kepala, dia pun berfikir untuk mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan soalan Kimia yang sedari tadi dia lakukan. 'Ah, tak boleh jadi ni. Aku kena panggil Ain ni.' Anisah pun bergegas keluar dari kamarnya dan memanggil Ain di paras satu blok asrama. 'Ain! Ain! Ain A1-01!' Lain yang dipanggil lain pula yang keluar. Yang menyahut panggilannya bukan Ain, tetapi dormate Ain, Syahirah.

'Ha apa dia?' tanya Syahirah, melaung kepada Anisah yang berada di paras atas. 'Irah, panggil Ain jap. Aku nak suruh dia ajar Kimia ni. Please!' jawab Anisah yang nampak agak terdesak.

'Ain, Anisah panggil suruh ajar Kimia.' Kata Syahirah kepada Ain. 'Oh okey.' Ringkas, Ain pun pergi menaiki tangga menuju ke kamar Anisah. Syahirah juga mengikuti Ain ke kamar Anisah. Apa salahnya ikut belajar sekali kan? Ain ni kan budak pandai! Sesampai saja di kamar Anisah, Anisah sudah berada di hadapan buku. Sebaik saja Anisah nampak kelibat Ain, terus dia menerjah Ain dengan pelbagai soalan.

'Ain! Ajar aku ni. Susahlah! Dari tadi lagi buat tak faham-faham juga.' Anisah melepaskan keluhan. Ye lah, masa cikgu duk mengajar tajuk ni dia sibuk dengan aktiviti debat. 'Hmm, aku pun tak berapa power sangat bab ni. Jap.' Sambil membelek buku, Syahirah menyampuk (Syahirah ni memang macam ni, suka menyampuk).

'Cikgu ada ajar hari tu. Tapi aku tak ingatlah.' Maka Anisah dan lain-lain pun mulalah sesi belajar secara berkumpulan sehingga lewat malam. Warden pun dah bising suruh light-off, jadi mereka pun terpaksa pergi ke bilik pantry untuk meneruskan ulang kaji. Tapi masa tu Ain dah balik dorm dia (Ain memang tak pernah stay up, takpe dia dah pandai) Jadi tinggal Anisah, Syahirah dan Hanani (Classmate Anisah). Mereka bertiga pun mengulang kaji sampailah tamat bab Kimia tu. Hanani sudah pulang ke dormnya dan tinggal Anisah dan Syahirah saja.

'Syahirah, jomlah tidur dorm aku.' pelawa Anisah. Ye lah, dulu Syahirah duduk blok lain. Sekarang dah duduk satu blok bolehlah nak ajak dia tidur sekali. Best friend forever kan!

'Ha okey je. Jap aku pergi ambil bantal dengan selimut dekat dorm aku.' Syahirah pun lekas mengambil selimut dan bantalnya dan kembali ke dorm Anisah.

Jam sudah menginjak pada pukul 1.45 pagi. Semua orang dalam dorm Anisah sudah lena dibuai mimpi kecuali Anisah dan Syahirah. Malam tu mereka berbual-bual tentang banyak perkara.

Mereka bercakap tentang berubah.  Syahirah bercerita tentang penghijrahannya dalam menutup aurat dan dugaan-dugaan yang ditempuhi. Sebagai seorang kawan yang memahami, Anisah pun mengeluarkan kata-kata hikmah untuk menyuntik semangat rakan baiknya itu.

 "Kita kalau nak berubah, jangan terlalu mendadak sangat. Bimbang takut tak istiqamah. Biar perlahan-lahan, janji istiqamah daripada secara mendadak. Lagi satu, kalau kita ingin berubah, kita kena fikir penerimaan orang terhadap diri kita. Kita kena fikir tentang perasaan mereka. So slowly changing would be the ideal. At least taklah mengejut sangat kepada orang-orang di sekeliling kita."

Kata-kata Anisah itu meresap masuk ke dalam jiwa Syahirah. Ya, perubahan itu tidak semestinya perlu secara mendadak. Cukuplah secara perlahan-lahan agar sentiasa istiqamah. Benar kata Anisah. Maka mereka berduapun akhirnya lena dibuai mimpi setelah beberapa lama berborak tentang kehidupan.

Sekian.

----------------------------------------------

Jadi di sini aku nak bercakap tentang berubah. Ya, berubah. Dalam hidup ini kita kena ada perubahan. Terutamanya ke arah kebaikan. Kita perlu berubah. Kalau kita kekal dalam 'kejahatan', dah tentu kita takkan dapat rasa kemanisan hidup. 



Dalam pada itu, perubahan ini perlu kesabaran dan ketabahan. Lumrahlah kan, bila nak berubah ke arah yang lebih baik mesti macam-macam dugaan dan rintangan terpaksa kita lalui. Eh ingat senang ke nak tinggalkan benda yang kita dah biasa buat? Yang dah sebati dengan diri kita? Ingat senang ke? Memang susah! Nampak, perubahan juga perlukan pengorbanan. Kita kena korbankan macam-macam perkara untuk berubah. Okey aku ambil contoh Syahirah tadi ya. Dia sedang cuba untuk berubah. Dia sedang cuba untuk menutup aurat dengan sempurna. Syahirah juga ada menyatakan yang dia hadapi pelbagai dugaan. Contohnya daripada keluarganya (okey ni takde dalam cerita tapi aku tambah). Keluarganya bukannya keluarga yang warak atau alim. Jadi semasa dia nak berubah tapi selalu dapat tentangan daripada keluarga dia. Dia rasa benda ni membebankan dia. 

Anisah kata, perubahan jangan mendadak sangat. Dalam erti kata lain, sebagai contohnya, dari 25% kepada 100%. Boleh kalau nak berubah dengan mendadak, tapi dikhuatiri kita tak istiqamah. Lebih baik kita slow-slow, dari bawah ke atas dan istiqamah. Kebiasaannya perubahan secara mendadak ni tak berkekalan. Mungkin ada chances untuk berkekalan tapi tak banyak. Wallahualam.

Apa-apa pun, betulkan niat bila nak berubah ke arah kebaikan. Kita berubah kerana Allah, bukan kerana siapa-siapa. Kalau niat kita betul, in shaa Allah kita akan istiqamah. Allah takkan ubah seseorang kalau seseorang itu tak ubah dirinya sendiri. Usaha yang berpanjangan itu perlu ada dan sentiasa ada. Allah setia membantu. In shaa Allah.

Akhir kata, aku harap entry kali ni sedikit sebanyak dapat memberi sedikit manfaat kepada korang semua. Aku tulis ni untuk diri aku juga. Segala yang baik datang daripada Allah dan segala yang buruk datang dari diri aku sendiri, yang menulis enrty ini. 

Let's change for a better tomorrow!

Sekian. Assalamualaikum wbt.

Written sincerely by,

Syafiqah Fisal.

--------------------------

p/s: Cerita pendek tadi tu gabungan rekaan aku dan kenyataan. Cerita asal yang telah diubah. Terima kasih sebab sudi baca. 

Thursday, October 23, 2014

Nota Buat Diri Yang Sering Alpa

Assalamualaikum wbt. It's 2.00 o'clock in the morning and I'm still awake. Sebenarnya aku terpanggil nak bercerita tentang sesuatu. Mungkin sedikit teguran untuk diri sendiri. Sometimes we need to advise our own selves too, right?

Okay.

*inhales* *exhales*

Buat apa kencang memberi nasihat kepada orang lain kalau diri sendiri pun tunggang-langgang dan 'barai'? Mahu yang terbaik untuk orang lain tapi diri sendiri entah ke mana.

"We are what we preach."

Mana pergi prinsip tu? Kau tahu tak kau akan dipertanggungjawabkan atas segala apa yang kau lakukan di muka bumi ini? Sama ada perkara yang baik mahupun perkara yang buruk. Semuanya pasti akan mendapat balasan! Sudah tentu apa yang engkau dakwahkan di muka bumi ini dipersoalkan di akhirat andai engkau sendiri tidak mengamalkannya. Beratnya balasan untuk golongan ini. Sedarlah wahai diri!




Ya, kita manusia. Manusia mudah lalai. Mudah rebah angkara godaan syaitan. Tapi itu tak bermakna kau perlu beri peluang kepada makhluk yang direjam itu untuk menang! Mereka sentiasa ada cara untuk tarik kau bersama dengan dia ke neraka jahannam! Gagahkanlah diri kau! Lawan mereka semula! Tunjukkan yang engkau kuat!

Aku sedih sebab walau sebanyak mana pun aku bertaubat, aku tetap lakukan dosa yang sama kemudiannya. Aku malu dengan Allah. Dia tak pernah penat dengar luahan perasaan aku. Dia sentiasa ada untuk aku. Tapi aku tak berhenti buat dosa. Lepas tu ada hati nak minta itu ini dengan Dia. Aku malu. Allah tak pernah berhenti bagi nikmat dekat aku. Tapi aku? Adakah aku hargai segala pemberian-Nya? Aku selalu gagal penuhi hak-Nya sebagai Tuhan yang Maha Agung. Aku malu dengan Allah. Entah sampai bila aku perlu jadi begini pun aku tidak tahu.

"Allah takkan ubah diri kita andai kita tak ubah diri kita sendiri."

Ya, aku masih lagi berusaha. Walaupun aku terus jatuh, terus gagal. Aku tahu aku perlu terus maju ke hadapan untuk perkara yang lebih baik. Aku perlu belajar untuk istiqamah dalam perubahan.




Aku berdoa agar Allah SWT ampunkan segala dosa-dosa aku. Aku ni manusia yang tak lekang daripada melakukan dosa. Aku harap sangat Allah beri hidayah kepada aku. Dan aku berharap sangat agar hidayah itu kekal buat selama-lamanya. Aku dah penat dengan diri aku yang sering lalai. Ampunkan dosa-dosa aku ya Allah. Berilah aku peluang untuk bertaubat. Aku berdoa aku mati dalam keadaan aku beriman dan dosa-dosa aku diampunkan. Bantulah hamba-Mu ini ya Allah. :'( Aamiin ya rabbal alamin.

Sedikit terguran buat diri yang mudah lalai. Ingatlah, Allah sentiasa melihat segala perbuatanmu. Allah tahu segala apa yang ada di hati dan fikiranmu. Allah tahu segala-galanya. Kembalilah pada-Nya. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Assalamualaikum wbt. Semoga Allah memberkati. Aamiin

p/s: Entry ini lebih kepada teguran untuk diri aku sendiri dan juga orang lain. Yang buruk datangnya dari aku dan yang baik datangnya dari Allah swt,


Wednesday, October 22, 2014

Life in My New School Part II

Assalamualaikum dan salam satu hati semua! Eceh. Apa khabar? Makin baik? Alhamdulillah. Aku? Uhm makin sihat juga alhamdulillah hehe (badan pun makin sihat, makin chubby) kahkahkah. Sebulan tak update blog. Memandangkan aku sekarang seorang pelajar sekolah berasrama penuh jadi aku tak ada peluang nak update blog sebab aku tak bawa laptop dan telefon canggih aku sekali ke asrama. Sekarang aku sedang bercuti sempena perayaan deepavali. Sepatutnya sekolah aku tak cuti sebab sekolah aku tak ada pelajar india. Tapi aku rasa cikgu-cikgu pun mungkin pertimbangkan balik keputusan tu jadi kami dapat pulang bermalam. Dan aku pulang bermalam di Kuala Lumpur, tanah kelahiran aku. Alhamdulillah. Setelah sebulan, dapat juga aku balik. Hehe.

Menjadi seorang pelajar sekolah berasrama penuh telah mengajar aku banyak perkara. Yang baik mahupun yang buruk. It makes me a wiser and stronger person. I remember that my mother used to say 'being an sbp student is one of the life experiences that can't be bought' so yeah. Ada betulnya juga apa yang ummi aku cakap. Walaupun aku rasa sangat perit dan deritanya menjadi pelajar sbp tapi aku tahu pasti ada sebabnya kenapa Allah SWT hantar aku ke sini. Kalau ikutkan hati, dah lama aku pindah balik sekolah lama aku. Sebab aku tak tahan dengan suasana dan orang-orang di sekolah baharu aku. Tapi aku gagahkan juga diri aku untuk hadapi semuanya.

Aku rasa aku tak pernah reveal lagi gambar sekolah baharu aku. Dah tiba masanya aku rasa untuk aku reveal. Eheh.


Tadaaa! Ni lah sekolah baharu aku hehe. 


ni bangunan sekolah. gambar ni aku ambil kat google. taktahu tahun bila punya. sebab yang latest ada sedikit pembaharuan. so yeah. at least korang tahu bangunan sekolah aku camne en. haha.


Ni pula asrama. Tak silap aku ni blok Dinamik. Tapi aku blok Cekal.

Ha. Tulah gambar-gambar sekolah baharu aku. Credit to the owners of the photos. Aku ambil gambar ni kat google haha. Aku tak bawa kamera ke sekolah so aku tak dapat nak ambil gambar. Sedih T^T

This school is all girls school in Kelantan. Sekolah ni agak besar. Banyak padang. Dan yang paling aku suka kat sekolah ni ialah sekolah ni ada banyak pohon rhu. Sangat tinggi dan cantik. It makes the school look cool. Sekolah aku ni kat kawasan pedalaman di Pasir Puteh. Memang dekat dalam hutan lol. 

Sebenarnya aku malas nak cerita banyak pasal sekolah baru aku. Aku nak share apa yang aku lalui sepanjang empat bulan dekat sekolah ni. Frankly speaking, there are so many things that I've been going through. Penat dah aku habiskan air mata aku pasal masalah aku dekat sekolah ni. Sebenarnya bukannya masalah sangat. Cuma aku rasa tertekan. Sebab semuanya baru bagi aku. Dan buat masa empat bulan ni juga, baru aku tahu macam mana kehidupan pelajar sekolah berasrama penuh. Aku rasa korang-korang yang rasa semua budak sbp ni bagus boleh campak jauh-jauh tanggapan tu. Sebenarnya ada di antara pelajar sbp sama sahaja dengan budak sekolah harian biasa. Bagi aku, budak sbp mahupun budak sekolah harian biasa, semua sama sahaja. Aku baru faham yang sebenarnya semuanya bergantung atas diri kita sendiri. Being an sbp student doesn't mean you're good enough. Kenapa aku cakap macam ni? sebab aku dah experience jadi pelajar sekolah harian biasa dan sbp. So aku boleh buat kesimpulan aku sendiri. Apa yang membezakan kita? Mungkin status sekolah. Atau mungkin cara belajar. Tapi seperti apa yang aku katakan tadi, semua sama sahaja. It all depends on ourselves. Tak semua sbp leavers dapat straight A's kan? So... yeah. Itu salah satu benda yang aku belajar bila duduk kat asrama.

Memandangkan aku seorang pelajar baru, jadi aku tak berapa disukai ramai. I don't know. I tried to be friendly though. And I think they only see my flaws instead of something good about myself. This thing somehow breaks my heart into pieces. I'm not living up to their expectations anyway. Kau tak boleh expect aku untuk jadi seperti apa yang kau sangka. Aku tak tahu berapa ramai haters aku dah kumpul. Tak apalah. Hate me all you want. That doesn't bring any benefits to me. Despite having all the haters around me, I still have friends. Least number of friends to be exact. Tapi bilangan kawan yang sedikit ni pun kekadang aku ada masalah dengan diorang. Tapi tak apa lah. Lumrah berkawan. Mesti ada gaduh-gaduh dan salah faham sikit kan? Dalam bilangan kawan yang sedikit ni pun, tak sampai lima orang yang memang rapat dengan aku. Susah k nak cari best friend. However they aren't really my best friends. Maybe just as close friends. Walau apa-apa pun, aku tetap bersyukur aku ada kawan. At least I'm not alone. Though I feel as if I'm invisible, there are still people who notice my presence. Alhamdulillah. I'm so thankful for it.

Sekarang ni minggu exam. Stress dengan study and stuff. Aku harap ada peningkatan untuk exam kali ni. Alhamdulillah exam pertama aku kat sekolah ni ada peningkatan. Tak banyak sangat tapi aku still bersyukur. Ranking aku pun takdelah teruk mana (bagi aku lah, sebab aku tak target tinggi sangat). Dikelilingi orang bijak pandai ni memang menguji aku. Buat aku rasa nak usaha jadi macam diorang juga, Memang mustahil untuk aku menandingi mereka tapi aku akan cuba. In shaa Allah dalam spm nanti. Aamiin. Oh, dan seperkara lagi, aku sangat mengagumi first ranker form 4. Cantik bertudung labuh, bijak, rajin dan dengar cerita dia dah khatam quran beberapa kali. Allahurabbi. Sesuai sangatlah jadi first ranker. Ada dengan buku ke mana-mana dia pergi. Aku rasa aku patut jadikan dia contoh. Aku masih berusaha nak jadi serajin dia. Memang agak payah untuk aku yang pemalas ni. I still have no guts to approach her though. Entah. Aku tak tahu sejak bila datang perasaan segan untuk approach orang ni datang. Mungkin sebab dia pandai, jadi aku rasa segan. Mungkin dia taknak berkawan dengan aku. Ya, sebab tu lah. Aku rasa tak setanding dengan dia. Aku tahu aku tak patut rasa macam ni, tapi itulah hakikatnya. Aku terlampau merendah diri. Hmmm.

Aku rasa sampai sini je la cerita aku pasal kehidupan aku dekat sekolah baharu aku ni. In shaa Allah kalau aku rajin aku akan update selalu. Doakan kejayaan aku dekat sekolah ni. In shaa Allah aamiin. 

Selamat Hari Deepavali! Selamat malam. Assalamualaikum.

Written sincerely by

Syafiqah Fisal.

Thursday, September 18, 2014

Ambition

Assalamualaikum semua! Apa khabar? Harap-harap baiklah in shaa Allah. Aku ok je. Alhamdulillah. Masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk teruskan hidup, untuk terus bertaubat kepada-Nya. Alhamdulillah, hidup sebagai seorang pelajar berasrama penuh banyak mengajar aku tentang kehidupan. Buat aku lebih tabah dan kuat. Kuat mengharungi segala macam bentuk cabaran. Kuat untuk menghadapi semua orang. Alhamdulillah. Allah letak kita dekat sesuatu tempat itu bersebab, kan? Bukan sia-sia. Dan mungkin ada sebabnya kenapa Allah letakkan aku di sekolah berasrama penuh, walaupun banyak dugaan aku perlu tempuhi.

Ok lah. Sebenarnya aku berasa terpanggil nak menulis berkenaan dengan cita-cita. Ya. Aku rasa semua orang punya cita-cita, bukan? Aku? Jujur, aku masih lagi tak jelas dengan apa yang aku mahu jadi sebenarnya. Okey mari kita buat kronologi. Masa aku sekolah rendah dulu, aku sangat suka melukis. Dan aku pasang angan-angan nak jadi seorang pereka fesyen. Pada masa sekolah rendah juga, aku mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang arkitek. Entah. Macam-macam aku nak jadi masa sekolah rendah dulu. Masuk sekolah menengah, lagilah macam-macam aku nak jadi. Contohnya, doktor, pensyarah dan seorang usahawan yang berjaya. Tapi, malangnya, sekarang aku rasa macam aku clueless sangat-sangat. Aku taktahu apa yang aku nak jadi. Aku buntu. Kalau aku jadi doktor, aku rasa aku mungkin tak ada kehidupan seharian. Aku mungkin tak ada masa untuk orang yang aku sayang. Dan sebab aku taknak jadi doktor ialah aku fikir aku tak serajin dan sepandai seorang doktor. Aku ada masalah tahap keyakinan dalam diri yang sangat rendah. Jadi aku selalu rasa tak yakin dengan diri aku. Aku selalu rasa rendah diri. Maksud aku, in a negative way. Aku rasa aku tak boleh buat itu dan ini. Even succeeding in SPM pun aku rasa sangat sukar untuk aku.

Sebenarnya, hidup kita ini perlu ada matlamat. Sebagai seorang muslim, matlamat kita di dunia ini ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan memakmurkan bumi. Ya. Hidup tanpa matlamat itu sia-sia. Dan jika matlamat itu bukan kerana Allah, juga amat sia-sia. Hidup perlu ada matlamat. Kita perlu ada arah tuju dalam hidup, Jangan pernah sesekali biar hidup kita terkapai-kapai. Kunci kejayaan dalam hidup kita ialah percaya kepada Allah. Aku rasa ini ubat untuk masalah keyakinan diri aku. Sebab aku pernah dengar Profesor Muhaya kata, "kalau kita tak yakin dengan diri kita, seolah-olah kita tak yakin dengan Allah." Kita kena yakin dengan Allah swt. Yakin yang Allah akan beri segala-galanya kepada hamba-Nya. Cuma kita tak tahu lambat atau cepat saja. Usaha, doa dan tawakal. In shaa Allah, aku akan cuba praktikkan perkara ni dalam hidup aku.

Jadi, setakat ini sajalah perbincangan kita tentang 'Ambition'. Walaupun tak ada banyak isi, aku harap entry kali ini ada manfaatnya. In shaa Allah. Aku pun still dalam proses nak perbetulkan segala kekurangan aku. Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari diri aku yang hina ni.

Moga ketemu lagi.

Assalamualaikum.

Friday, July 25, 2014

Life in My New School

Assalamualaikum and hi everybody! It has been a real long time since I last updated my blog. More than a month, I suppose? This is because... I was transfered to a new school, yep. Sorry for not letting you guys know because I was in a rush. I only had two days to settle down everything. So I didn't have the chance to write a particular entry about transferring to that new shchool. My new school is located in Kelantan. A school in a rural place. It takes around an hour to reach at the school from my hometown which is in Pasir Mas. So yep. I'm not going back to Kuala Lumpur for the time being until September. I'm celebrating Eid Fitr at my hometown. Well yea, I have never celebrated raya in Kuala Lumpur even though I was born there. The feeling is different. So my parents are coming from KL to celebrate hari raya with me here.

Okay let's go back to our main topic. About my life in my new school. Frankly speaking, I thought I'd enjoy being in this school. I thought this school was different. I thought I'd have a lot of friends. But it's seriously not like what I expected. I'm not saying bad things about my new school, but yea this is more like my experience after spending a month in that school. The very first week was fine. I went well with the flow. The shocking truth is, I didn't get any kind of homesick. Maybe it's because I was a little too excited of being an sbpian. But entering the next weeks, I'd say, were painful. By then I knew how the students were. In that particular week, I started getting treated like sh*t. Seriously. I don't know why, maybe they just don't like new students. I guess it's one of the school nature. Honestly, I still don't get along well with the pioneers. Most of them are arrogant. Some are really good to me, and they treat me right. And yeah, most of my classmates aren't comfortable with my presence in their class. Sometimes I wonder what I do wrong. I feel like a total stranger (I really am a stranger to them). And... I did cry because of the way the people treated me. I felt like sh*t. I really felt like going back to my old school. But when I came to think of it, I guess it's a waste. Mom and Dad have spent a lot of money on me. If I went back to my old school, I'd have pissed them off. I don't want to break their heart. I know they want me to do best. So I gave a full thought about my decision. 

Somehow I'm still lucky because I still have friends. They are all new students like me. But I was the last one before this one girl from Pahang came and there will be no more new form four students. They are really kind to me. They are not like the others. They acknowledge my presence. They are my tutors. They'd teach me when I don't understand a thing about what the teacher is teaching. I love them so much! At least I'm not alone. At least I do have friends who accept me for who I am. And the best thing is, I FOUND MY SOULMATE!!! Hahaha XD Her name is Aina Anis. She's like my twin. We have the same interest and yeah the same way of thinking. That is what makes it easy for me to get along with her. She's my new best friend. She'd be there when I need her. She is the shoulder I cry on. She understands me really well. I'm very thankful for it. I'm happy I met her. Thank you so much Anis :') Besides her, I have this one lovely friend named Arifah. She's my dormmate, classmate and team mate. I love her so much! My life revolves around her. She's really nice to me. She treats me right, not like the others. She's one of the top twenty students. She's my tutor for every subject. Yea, she's freaking intelligent. I like being friends with her!!

Plus, the teachers are really nice. My class teachers are so awesome, escpecially my Add Maths teacher. I've never fallen asleep during his lesson because he has always got the funny jokes. I'm always looking forward to his class. Oh! And as for my international language, I took Japanese. Darn it, I was too excited when they said the school has Japanese lesson. Japanese is my favorite language since I'm freaking addicted to anime, j-drama, j-pop and anything that is related to Japan culture. I really enjoy learning Japanese. I can now read some Hiragana(s). Actually I have already learnt the alphabets but that was a long time ago so I kind of forgot. And for the first time in forever, I GOT THE CHANCE TO WEAR YUKATA!!! I had been dreaming about wearing one and the dream came true. Omg!! It was a really wonderful experience. When I first entered the class, I had to introduce myself in Japanese. Like seriously. It was fudging awkward. At first I wanted to say 'watashi wa yuki desu' but I said 'watashi wa syafiqah desu' instead. 'Yuki' is my japanese name which means snow. I like that name so much because it sounds cute.

So that's it. This is how my current life is. It's neither fun nor boring. Just a so-so. I'm actually having a hard time here. People here are such a pain in the neck. But I know I shouldn't give a single damn about them. The more I think about the way they treat me, the more I get hurt. So I'd better just shut up and do nothing. I'm always getting judged for every single thing I do. Well who cares anyway. I don't want to care about what the think about me. I am who I am. I've been really nice to you guys, but you guys treat me like rubbish. Sorry for my harsh words, but that's the truth. I'm tired of crying over useless things. I should move on. Yeah, Allah puts me here for a reason. So I gotta get used to it. I wish I could be a little stronger. I wish I had the strength to endure the pain. Okay that's all. I don't promise to write a new entry after this because I'm gonna be really busy.

Pray for my success, everyone. In shaa Allah.

Assalamualaikum wbt.


Saturday, April 19, 2014

something inside my heart

Assalamualaikum. Hello kesayangan!

Rindunyaaaaa nak update blogggg!! Lama sangat uhuuuu sebab busy -_- aku pun tak pasti busy sebab apa. Tapi yang pasti memang aku takde masa nak update blog. So malam ni aku rasa gatal tangan nak cerita something. Walaupun tak ramai yang akan baca... it's okay. Blog ni sebenarnya untuk kenangan bila aku dah dewasa nanti. Boleh lah mengimbas kembali apa yang dah terjadi waktu muda-mudi dulu eheh :3 okay dah jauh dah tersasar. erk.

Sebenarnya.. post kali ni lebih kepada luahan hati. Yeah. But not literally. Just some of them.

Bila bercakap tentang penerimaan kita terhadap attitude orang lain... aku rasa aku susah nak explain. Ye lah, kita ni kan manusia. Banyak sangat kekurangan. Bila orang cakap kita itu ini, rasa macam tak boleh nak terima. Walaupun itu pandangan mereka, tapi ianya tetap menyakitkan untuk didengari. Memanglah, 'I am who I am', 'don't judge a book by its cover', tapi aku macam.. entah ah. Macam mana nak cakap ah? Tak semua orang boleh terima kita walaupun kita jadi diri kita sendiri sekali pun. Manusia. Memang macam tu. Ada je benda nak kritik. Eh, kau fikir aku hidup untuk puaskan hati kau ke?

Bila orang cakap pasal diri kita, sometimes it can be true. Sometimes it can be not. Well. Hanya Allah je yang maha mengetahui tentang siapa diri kita yang sebenar. Satu lagi, biarlah orang hina kita. Itu tanda ujian Allah untuk kita. Kalau kita balas balik, kita juga berdosa. Lantak pi la orang nak kata apa pun, 😯 diam je. Pahala dia transfer kat kita, kann? Yeah... just keep moving forward, okay?

Pasal kawan. Hm. Entahlah. Aku bersyukur aku masih lagi ada kawan rapat walaupun diorang sekolah lain-lain. Kat sekolah ni... aku tak rasa aku ada kawan rapat. Kebanyakannya hanya teman untuk belajar je. You know why I said like this? It's because I can't get along with them too well. They are different. They are not like me. That's why. They're kind. But nah, I just can't get along with them. I don't hate them. It's just that. Hmmm. I'm getting bored of staying here. Hajat nak pindah sekolah tak tercapai. Nampaknya kat sini je lah aku akan teruskan pembelajaran aku. Mungkin ada hikmahnya.

Pasal love pulak. Uhm. Entah. No comment. I'm just tired of getting hurt again. So yeah. Sekarang fokus belajar dulu. Cinta ni boleh fikir nanti. Nak lupakan apa dah lepas... I'm still trying to move on. Thinking of it just tears my heart apart. So better aku tutup je hati dan minda aku pasal benda ni kan? Buat stress je. Hahaha. Hm.

Okay. Aku rasa tu je kot. Nak update banyak, taktahu nak cerita apa. Lagipun aku mengantuk. Haha. Stressnya punya pasal buat aku cepat mengantuk. Asyik nak tidur je. I'm just... tired. Yeah haha. Okay. Good night. Assalamualaikum ;)

Friday, March 21, 2014

Gloomy Day

Assalamualaikum.

Today I went through the same thing. Putting on the same fake smile. But nah, that's not what I'm going to talk about. Yeah.

Pagi tadi boleh dikatakan aku sangat moody sebab aku teringat tentang perkara yang terjadi beberapa hari lepas. Hati aku masih lagi sakit. Ya benar, aku dah maafkan dia tapi hati ini bagaikan sudah begitu remuk bak kaca yang pecah berderai. Ceh. Patah seribu. Aku nampak dia, tapi aku cuba untuk jauhi dia. Hati aku rasa panas gila bila aku nampak dia. Jadi lebih baik aku jauhkan diri daripada melihat dia. Aku jalan, jalan lagi walaupun aku tahu dia nampak aku. Aku buat bodoh je. Allah, aku dah lama tak rasa sakit hati sampai macam ni sekali. Kali terakhir aku rasa macam ni ialah beberapa tahun yang lepas. Rasa sakit ini datang kembali, namun terhadap orang yang berbeza.

Aku teruskan langkah, sampai aku bertemu dengan rakan-rakan sekelasku. Lepas tu aku ajak kawan aku teman aku pergi solat subuh dekat bilik persalinan sebab aku tak sempat nak solat kat rumah. Aku lambat hari ni. Nasib baik waktu syuruk belum tiba lagi. Seusai solat, aku bergegas ke tapak perhimpunan untuk sesi bacaan yasiin. Seperti biasa setiap pagi jumaat, pasti akan diadakan bacaan yasiin. Allah, aku rasa aku tak boleh fokus. Rasa sakit hati masih lagi bertamu dalam hati. Selesai bacaan yasiin, perhimpunan pun bermula. Hati aku kembali sakit apabila melihat dia. Rasa nak marah, namun aku tahan. Pendam. Aku tak toleh ke arah dia langsung. Kalau boleh aku nak lari je masa tu. Tapi apakan daya.

Tamat perhimpunan, waktu pj. Alhamdulillah ya Allah sebab waktu pj ni lah mood aku kembali ceria! Cikgu ajarkan kami cara efektif untuk mendapatkan pinggang yang ramping dan langsing. Pada mulanya aku tak berminat tapi melihatkan gaya senam robik tersebut sangat 'meng-enjoy-kan' jadi aku rasa aku patut turut serta. Seronok sangat. Waktu tu aku rasa aku dapat lupakan segala masalah aku buat seketika. I was really enjoyed. Habis pj, balik ke kelas. Cikgu english tiada. Tapi ada kerja yang ditinggalkan. Aku tak buat sebab aku penat. Pinggang aku sakit. Allah. Senam robik memang menyakitkan betul haha. Aku duduk je dalam kelas. Sejukkan badan bawah kipas. Borak-borak dengan kawan.

Waktu rehat. Aku rehat dengan kawan-kawan aku macam biasa. Masih takde mood lagi. Tamat waktu rehat. Balik kelas. Waktu dalam perjalanan balik ke kelas, aku nampak dia. Aku perasan dia pandang kat aku, tapi aku buat-buat tak nampak. Macam biasa, aku akan sentiasa buat fake smile. Borak-borak dengan kawan aku. Aku nampak dia lagi. Aku buat bodoh. Lantaklah.

Habis waktu sekolah, aku bergegas keluar dari sekolah dan pergi berjumpa dengan sahabat baik aku atau sahabat dunia akhirat aku. Allah. Gembiranya aku dapat jumpa dia. Kami pergi ke kedai makan. Berborak-borak. Aku luahkan segala yang terpendam dalam hati ni pada dia. Allahu. Aku gembira dapat kawan yang memahami. I told her everything. Alhamdulillah aku rasa lega sampai sekarang. Kami bertukar-tukar cerita. Aku cerita masalah aku, dia cerita masalah dia. Seronok. Lama sangat tak jumpa dia. Rindu yang amat. Alhamdulillah. Dapat juga berjumpa walaupun beberapa jam sahaja. Terima kasih Aman untuk hadiah tadi, it's really cute!! I love it!! Maaf aku lupa nak bawa hadiah yang aku janjikan. Nanti bila kita berjumpa lagi aku akan berikan hadiah tersebut kepada kau. In shaa Allah.

Konklusinya, hari ini hari yang agak suram buat aku kecuali waktu aku jumpa Amanina. Aku rasa gembira. Gembira dapat luahkan segalanya. Cuti seminggu ni nak jumpa Neil dan Farhana pula. Dua-dua sahabat kesayangan aku juga. Tak sabar sangat!!

Harapan aku? Aku harap aku dapat padamkan rasa sakit hati ni. Aku harap aku dapat kembali ceria. Aku harap aku dapat terima segala ketentuan Allah. Aamiin.

Salam dari hati,

Syafiqah Fisal.

Wednesday, March 19, 2014

Discover Yourself, Find Out Who You Really Are.

Assalamualaikum. Hari ini aku rajin nak update blog. Hehe.

Tajuk malam ni menarik sikit. Uhm, sebenarnya semuanya berkait rapat dengan apa yang terjadi kat diri aku. Jadi aku rasa aku patut share. Mungkin korang pun boleh ambil iktibar. Ceh. Poyo je.

Aku nak bercakap tentang "mari kenal diri kita dengan lebih mendalam". Macam mana? Senang je. Aku ambil satu contoh, katakanlah sesuatu yang buruk berlaku kepada kita, bagaimanakah kita menghadapinya? Kat sinilah kita boleh nilai diri kita sendiri. Kita boleh tahu siapa kita yang sebenarnya. Kadang-kadang cara ini tak menjadi. Maka, aku bagi lagi satu contoh. Apabila kau duduk seorang diri, dalam erti kata lain, mengisi masa dengan meluahkan apa yang kau rasa kepada Allah. Waktu ini juga kita boleh tahu siapa kita yang sebenar. Sebab you are who you are apabila kau bersama Allah. Allah knows who you really are. Dan apabila kau luahkan apa yang kau rasa, kau sebenarnya menunjukkan siapa kau yang sebenarnya. Allah tahu apa dalam hati kita. Yet He still listens to every single thing we say. Ya. Aku rasa cara terbaik nak tahu siapa diri kita yang sebenar adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah.

Namun, kita semua hanyalah makhluk Allah yang banyak kekurangan. Sekarang kita beralih pula kepada "cara untuk mengetahui kelemahan diri kita". Sama saja macam apa yang aku nyatakan tadi. Tengok macam mana kita react apabila sesuatu perkara berlaku. Adakah kita memberi tindak balas yang positif atau sebaliknya? Fikirkan kembali. Satu lagi, cara untuk mengetahui kelemahan diri kita adalah apabila ahli keluarga kita menegur kita tentang diri kita. Memanglah, orang kata jangan sesuka hati je nak judge orang. Tapi kalau family kita sendiri komen pasal diri kita, it can be true. What they say can be true. Boleh jadi apa yang diorang cakap tu tak betul sebab kadang-kadang ada family yang tahu siapa diri kita yang sebenar. Tapi aku rasa cara terbaik untuk kita tahu kelemahan diri kita ialah, listen to what they say. Yes, kata-kata mereka memang menyakitkan hati. But cubalah. Sebab merekalah orang yang paling rapat dengan kita. Kita cuba ubah diri kita walaupun sekecil zarah kelemahan tu masih bersemadi dalam diri kita. Janganlah kecewa. Kita umat akhir zaman memang banyak kekurangan. Aku juga sama.

Macam mana nak tahu keistimewaan kita pula? Hm. Agak susah untuk aku terangkan sebab aku masih lagi 'mengkaji' keistimewaan diri aku sendiri. Baik dari segi mental dan fizikal. Setiap manusia ada bermacam-macam jenis keistimewaan. Jadi, nak discover kita punya keistimewaan tu in shaa Allah mudah. Mungkin kita tak nampak, tapi orang lain nampak. So yep. Let's try to be unique! Because unique is one of a kind :D

Aku rasa sampai sini sahaja sesi perkongsian ilmu. Maaf jika terkasar bahasa. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk datang dari aku sendiri. Aku minta maaf banyak-banyak. Aku masih lagi dalam proses memperbaiki diri aku. I want to be a good person! In shaa Allah Aamiin. Moga Allah permudahkan urusan kita dalam mengejar redha-Nya. In shaa Allah, Allahumma Aamiin.

Salam sayang seribu kali sayang,

Syafiqah Fisal ♡








Assalamualaikum wbt, sahabat-sahabat.


The Beginning of Something Better

Assalamualaikum. Holla everybody!

It's been a really long time since I last updated my blog. Isashiburi ne! or I shall say, LONG TIME NO SEE!! I miss updating my blog. Yeah really. Tempat luahan perasaan yang orang lain pun boleh baca. Tempat orang boleh tahu what's happening with me. Nah, I don't really share everything. Just to sum it all up, this is only about my daily life.

Aku just nak cakap, aku bersyukur Allah uji aku. Kita masih lagi di awal tahun 2014, namun macam-macam telah aku alami. Alhamdulillah. Pain makes me stronger. Walaupun kadang-kadang aku rasa aku tak boleh nak terima, but bila aku terfikir balik, kalau Allah tak uji aku, macam mana aku nak kuat? Macam mana aku nak jadi lebih penyabar? Macam mana aku nak belajar untuk menerima apa yang Allah tentukan untuk aku? Bila aku terfikir pasal benda ni, aku sedar. Aku sedar setiap ujian itu memang bersebab. Sebabnya tak lain dan tak bukan untuk menguatkan kita. Yeah.

Aku boleh katakan, aku happy dengan permulaan tahun 2014. Everything seems to be really good. Aku rasa tahun ni yang baik sebab I don't know, aku rasa macam tu. Better than tahun lepas. Honestly lah aku cakap, permulaan tahun 2014 aku alami banyak heartbreak. Allah. Aku rasa aku tak nak jatuh cinta lagi. Especially jatuh cinta dengan orang yang salah. Sakit sangat. I can't picture how hurtful it is. Dan dengan izin Allah swt, aku berjumpa dengan seorang lelaki yang aku ingat was the one for me. Tapi... entahlah. Aku rasa Allah nak tunjukkan aku bahawa he's not the one. Memang at first aku kecewa, but I'm slowly accepting it. Aku rasa memang betul lah, aku dengan dia sesuai jadi kawan je. Dan silap aku juga. I shouldn't have told him my true feelings for him. I should have waited for a few months to confirm my feelings. But yeah, it was really my fault. Tengok dah frust menonggeng when he told me the truth. Takpe. Aku redha. Walaupun hari ni aku moody gila sebab benda ni. Aha. Lepas ni aku takkan ulangi lagi kesilapan aku. Lepas ni I'll wait for the right person to come into my life ♡ hehe.

Orang sekeliling aku nampak perubahan aku. Tadi aku berborak dengan cikgu kesayangan aku, and she told me something, something that kind of... uhm buat aku tersedar tentang sesuatu?

"Cikgu nak awak berubah. Awak lain sangat. Dulu awak tak macam ni. Awak macam dah lost sekarang ni. Kenapa ni Nik? Dulu bila awak buat sesuatu, awak buat dengan bersungguh-sungguh. Sekarang? Awak ada masalah ke?"

Terdiam aku seketika. Rasa macam, ugh, cikgu nampak aku dah berubah. Allah. Idk how to tell her. Bukan cikgu seorang je cakap aku macam tu, ramai lagi. Especially orang yang rapat dengan aku. Hm. Adakah aku benar-benar sudah berubah? Aku taktahu. Aku rasa tahun 2014 aku banyak berubah ke arah yang lebih baik. Tapi mungkin sebab masalah yang aku hadapi membuatkan aku berubah. Yeah. Aku minta maaf. I'm having hard times. Aku perlukan masa.  Pain does change people, doesn't it?

Aku harap aku terus tabah untuk menghadapi segala bentuk ujian Allah. I know Allah loves me that's why he keeps on testing me ♡ Allahu Allah. I'm thankful for this. I've changed a lot. I'm no longer the person I used to be. Walaupun banyak kekurangan dalam diri aku, aku rasa aku dah berubah sikit. Takpe, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, ye dak? Hopefully :) I want to be a better person day by day! Aamiin!

Aku harap aku boleh berhenti besarkan masalah yang kecil. Harap sangat. Aku harap sangat aku boleh terima semuanya dengan hati yang terbuka dan redha. Allahumma Aamiin.

Salam sayang,

Syafiqah Fisal ♡











Nota kaki:

Semoga Nik Nur Syafiqah Bt Nik Mohd Fisal diterima untuk ke MRSM! Aamiin! Aamiin! Semoga Abang Dann dapat keputusan SPM yang cemerlang! Semoga Abang Dann can make us all proud of him! Allahumma Aamiin. Straight A's SPM in shaa Allah! Aamiin! :D

Monday, February 17, 2014

Accepting Who You Really Are

Assalamualaikum. Hello everyone!

Hari ni hari yang agak okay bagi aku. Yang tak okaynya aku asyik batuk je. Selsema pulak tu. Tiba-tiba je kena. Pagi tadi bangun tidur memang perit rasa tekak ni sampai tak boleh nak bercakap langsung. Nak bercakap pun suara sangat perlahan dan serak. Dicampur pula dengan selsema, suara aku jadi sengau macam pondan. Aha. Teruk betul suara aku hari ni. Sekarang ni pun still bunyi macam tu juga. Takpe. Sakit itu kifarah dosa. Alhamdulillah.

Okay. Aku nak bercakap tentang penerimaan kita terhadap diri kita. Let's kick it off with a question.

"Do you love yourself?"

Erk. Aku pun tak tahu nak jawab macam mana. Honestly, aku sayang diri aku sangat-sangat. Memang aku ada banyak kekurangan tapi siapalah aku untuk membenci diri aku sendiri hanya kerana kelemahan yang aku ada? Jujur aku cakap aku kadang-kadang aku benci juga dengan diri aku disebabkan oleh kekurangan aku yang agak 'menyakitkan' hati orang. Setiap kali aku buat salah aku akan rasa macam diri aku ni teruk sangat. Rasa macam aku ni lah manusia paling teruk. Pedehal kesalahan aku takdelah teruk sangat. Tapi disebabkan ramai orang komplain tentang perangai aku, especially abang aku, aku rasa macam benci diri aku tahap dewa punya. Aku macam tak boleh nak terima diri aku sendiri hanya kerana orang berkata demikian tentang diri aku. Well, siapa je tak sakit hati, kan?

Accepting yourself means accepting every single flaw that you have in yourself.

Tak perlu jadi orang lain untuk please people (this is what happens to me). Tak payah. Aku cakap ni bukan untuk korang je. Untuk diri aku jugak. Aku rasa macam takde siapa boleh terima kekurangan aku even family aku sendiri. Istigfar. Aku tak patut rasa macam ni (walaupun aku dah banyak kali menangis pasal benda ni). Entah. Aku pun masih lagi mencuba untuk menerima diri aku seadanya. Bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat aku. Kita manusia biasa ni memang dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan. So kita kena akurlah dengan ketetapan Tuhan. But seriously guys, kalau korang dapat korek lebih dalam tentang kelemahan korang, korang pasti akan jadi lebih wiser. Kita cuba ubah kelemahan dan kekurangan ke arah yang lebih baik. Memanglah takkan sempurna tapi at least kita cuba.

Contohnya, katakanlah korang ni seorang yang kuat marah, cuba kurangkan rasa marah tu. Nak kawal macam mana? Ha, time ni kau kena ambil wuduk! Baru tenang sikit hati kau. Selain itu, ucapkanlah istigfar. Istigfar bebanyak. And sentiasalah ingat Allah. Korang, aku cakap ni pun untuk diri aku juga. Aku pun sama je macam korang. Banyak kelemahan dan kekurangan. Apa kata kita ubah sesama? Jadi insan yang lebih baik?

Dan satu lagi, kalau ada orang tegur kita pasal diri kita, sepatutnya kita kena rasa bersyukur. Bersyukur sebab masih ada lagi orang kisah tentang kita. Kita janganlah nak marah dia pula sebab dia tegur kita. Lainlah kalau dia tegur kita dengan cara menghina, tu memanglah. Siapa je tak bengang, kan? Buat relax lah dulu. Sabar je dengan orang macam ni. Aku dah kena banyak kali sampai menangis-nangis aku. Tapi takpelah. Aku ambil itu sebagai pengajaran. At least dia point out aku punya kesalahan to let me know, ye dak? So, korang fikir-fikirkanlah :)

Allah cipta hamba-hamba-Nya dengan sangat sempurna sekali. Jadi bersyukurlah. Kita cuba ubah diri kita, okay?

So setakat ini je lah aku nak cerita hari ni. Diharapkan kita sama-sama dapat berubah ke arah yang lebih baik. In shaa Allah, Aamiin. Segala yang baik datang daripada Allah dan segala yang buruk datang dari aku sendiri. Minta maaf kalau terkasar bahasa. Aku niat nak meluahkan pendapat aku dan apa yang aku rasa. Maaf sesangat okay.

Assalamualaikum wbt.

Salam sayang,

Syafiqah Fisal.











Alamak homework tak siap lagi! *hentak muka ke arah dinding beberapa kali*

Okay bye! :)

Saturday, February 15, 2014

My Life As A Form Four Student

Assalamualaikum. Hi everyone!

Dah lama aku tak update blog. Aku busy lah. Nak pula laptop dah rosak balik. Sedih aku. Dah baiki mahal-mahal, rosak pula. So, hm, sampai sekaranglah aku tak guna laptop. Takkan nak guna adik aku punya pulak kan. Dia pun nak guna juga. Lagipun semenjak aku masuk form four ni, aku rasa macam makin busy. Dengan homework especially. Aku belum buat lagi self revision. Aku taktahu nak buat bila. Sebab aku rasa macam takde masa. Sebenanrnya ada banyak masa, tapi aku buang masa tu dengan perkara sia-sia. Jadi, janganlah contohi aku. Aku tahu korang lagi pandai daripada aku. Aha.

Setakat ni, aku rasa okay jugalah masuk form four ni. Ada lah rasa 'relaxed' sikit. Tapi mostly aku rasa stressed out sebab aku masih lagi tak faham apa yang cikgu ajarkan. Physics dan Chemistry terutamanya. Cikgu bagi nota, aku just salin je. Aku tak faham apa yang aku salin. And satu lagi masalah aku, bila dalam kelas aku faham apa cikgu ajar, balik rumah, terus lupa dah apa cikgu ajar bila nak buat homework. Haih. Sakit hati pula. Aku tengok kawan-kawan aku, semua macam diorang dah macam biasa dengan subjek-subjek SPM. Aku rasa mereka lagi pandai daripada aku. Sekarang ni, bagi aku, straight A's PMR dah takde makna apa-apa dah. Bila masuk form four, semua dah jadi 0-0. Takde beza. Yang membezakan kita cumalah tahap kerajinan kita. And honestly aku cakap, aku tak serajin murid-murid kelas aku. They are beyond hard working. Yep.

Speaking of which, aku tak dapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Takde rezeki. Tapi dua-dua aku dah buat rayuan. Harap-harap dapatlah salah satu daripada sekolah yang aku rayu ni sebab aku memang dah lama nak sangat duduk kat asrama. Aku nak timba pengalaman baharu. Duduk lama-lama kat sekolah harian biasa macam dah bosan. Dah takde benda dah aku nak figure out. Aku bukan cakap aku benci sekolah aku, aku just nak cakap aku nak alami pengalaman baharu sebagai pelajar SBP. Abang aku dah lalui kehidupan sebagai pelajar SBP, and aku nampak perubahan dia, kebanyakannya ke arah kebaikan. Dia banyak cerita dekat aku pasal kehidupan dia kat asrama. Orang-orang yang dia bergaul di sana. Secara tak langsung aku pun memasang impian untuk ke asrama. Tapi bukan rezeki ku kali ini. Aku harap sangat aku dapat rayuan ke sbp tu. Aamiin! Tapi... semenjak aku cakap aku cakap aku tengah tunggu permohonan... banyak cikgu sekolah aku nak aku stay... kadang-kadang bila fikir balik, sekolah ni taklah teruk mana. Guru-guru di sekolah ini terdiri daripada guru-guru yang cemerlang. It's just that, murid-murid di sekolah ini ada sesetengahnya keep makin problems. Sebab itu banyak orang beranggapan yang sekolah ini teruk. But frankly speaking, kalau korang sekolah sini, korang takkan rasa macam tu. Memanglah ada sesetengah pelajar buat masalah, tapi tak semuanya. Dan kes disiplin kat sekolah ni dah jatuh merudum. Means, dah kurang sangat dah kes disiplin. Kalau nak bandingkan ke-strict-an disiplin sekolah aku dengan sekolah-sekolah lain, sekolah aku punya memang strict habis. Ceh boleh pula macam tu. Tapi ye lah..  aku nak pindah bukan sebab aku tak suka sekolah ni. Aku nak timba pengalaman baru. Di rantau orang. Kenal orang baharu. Yeah.

Kawan-kawan aku dah ramai yang pindah. Ada yang pergi sbp, ada yang pergi kolej vokasional and even mrsm. Tahniah aku ucapkan. Korang dah dapat peluang untuk alami benda baharu. At first aku memang jealous dengan korang. Tapi aku tahu Allah dah tulis jalan cerita hidup aku dengan sangat teratur dan cantik. Kadang-kadang kita rasa perancangan adalah yang terbaik, tapi kita lupa yang perancangan Allah adalah tersangat-sangatlah terbaik. Kita hanya perlu percaya pada-Nya. And setiap ujian Allah bagi dekat kita, bukan untuk melemahkan kita. Sebaliknya adalah untuk menguatkan kita, mengajar kita erti kehidupan.

Dan sejak aku masuk ke tingkatan empat ni, pemikiran aku dah lain. Mungkin lebih matang. Aku dah tak macam aku yang dulu. Aku dapat rasa perubahan tu. Tapi ada lah sedikit tabiat-tabiat yang aku tak boleh buang. Biasalah tu. Tapi aku masih lagi dalam proses memperbaiki diri aku. Banyak benda nak kena betulkan walau sebanyak mana aku cuba betulkan kekurangan tu tetap ada. Tapi tak salah kalau kita nak cuba kurangkan kelemahan kita, ye dak?

Okey lah. Aku rasa aku tulis panjang sangat. Mood pagi ni rasa nak meluahkan segalanya yang terbuku dalam hati aku. Walaupun hanya setengah sahaja daripadanya, aku dah rasa lega. Alhamdulillah. Jadi, aku harap aku akan bersedia dengan segala macam cabaran dalam hidup aku and aku doakan yang terbaik untuk korang semua. Walaupun aku taktahu siapalah orang yang selalu baca blog aku, aku akan doakan korang semoga korang bahagia. Aamiin ya rabbal alamin.

Salam sayang,

Syafiqah Fisal.

Assalamualaikum wbt.