Assalamualaikum wbt.
Hi guys. It's me again. Hari ni tetiba rasa macam nak type lebih daripada satu post haha. Dapat idea masa sibuk cuci pinggan pagi tadi (fyi aku memang kuat mengelamun especially bila buat kerja-kerja macam ni) ha tudia. Cam pelik je kan. Tapi tu lah hakikat dia. I get ideas in a weird kind of way. Sebab apa? Masa cuci pinggan selalunya tak perlukan tenaga yang banyak, mostly tangan je yang bergerak. So masa ni la fikiran aku melayang jauh masa duk cuci pinggan tu. Pap! Keluar idea nak cerita pasal
malas. Macam takde topik lain, kan? Ah kisah pe aku! I have my points here. So read carefully.
Rasanya sikap
malas ni memang sebati dalam diri semua orang. Aku pun tak terkecuali. Woi mana ada orang yang rajin gila kat dunia ni! Takde ok. Semua malas! (ok beb jangan kecam aku hehe).
What do you do when you're lazy? Rolling on the floor!
Ok, tarik nafas, hembus. Fuh! Ready nak baca entri kali ni? Ceh poyo. Baca je lah. Orait orait. So apa sebenarnya malas ni? What is laziness?
Laziness is the quality of being unwilling to work or use energy; idleness
Ha tudiaaa! Terima kasih Mr. Google. Definisi yang sangat tepat sekali ya. So basically laziness is a condition where one does not feel like doing anything or simply put, one is reluctant to do work. But little do we know, laziness is more complex than we ever think. Tak percaya?
Aku akan kupas topik ni berdasarkan perspektif atau pandangan aku lah. So kalau ada sebarang percanggahan aku minta maaf awal-awal. Aku just nak share pendapat aku.
Kenapa kita kata sikap malas ni sangat kompleks? Generally, laziness is not a sin. It is not a crime either. But we all tend to look at it as something unacceptable. Why? Sebab tu la kita kata sikap malas ni kompleks.
Sikap malas ni boleh jadi positif, dan boleh jadi negatif. Ha. Masih tak percaya?
Malas yang positif
Eh ada ke malas yang positif? Ada! Jadi macam mana malas yang positif ni? Okey. Pernah tak korang rasa macam malas dah nak kisah pasal orang lain? Pasal apa orang fikir pasal kau? Ya, ni malas yang positif. Kenapa? Bila kau malas dah nak ambil kisah tentang apa orang fikir pasal kau, kau akan rasa lebih gembira. Sebab apa yang lebih penting bagi kau is your own self and happiness. Kau akan mula fokus kat diri kau je. Isn't this a good thing?
Contoh malas yang positif yang lain;
"Malas dah nak kisah!"
"Malas dah nak buat dosa!"
"Malas dah nak jatuh cinta!"
"Malas dah nak puaskan hati semua orang!"
"Malas dah nak rasa apa-apa!"
Dan bermacam-macam lagi jenis kemalasan yang membawa kepada kebaikan.
Malas yang negatif
Rasanya ni semua orang tahu kot. Sebab biasanya kita semua rasa malas yang negatif. Nak contoh? Mudah je. Malas nak study. Kenapa malas nak study ni malas yang negatif? Bila kau malas nak study, kau akan rugi. Kenapa malas nak study? Sebab tak faham. Sebab susah. Dan bermacam-macam lagi alasan. Jadi ini termasuk dalam kategori malas yang negatif. Malas yang macam ni, akibat dia macam orang puteh kata "Don't cry over spilt milk." Haaa. Tapi, ada je orang yang jenis malas gila bila bab study, tapi score dalam exam. Yang ini memang tak boleh buat apalah kan, mungkin tu memang rezeki dia atau dia ni memang gifted dari kecil.
Contoh-contoh malas yang negatif;
"Malasnya nak kemas rumah!"
"Malasnya nak solat!"
"Malasnya nak baca Al-Quran!"
"Malasnya nak bangun!"
"Malasnya nak basuh baju!"
"Malasnya nak buat homework!"
"Malasnya!!!"
And the list goes on and on. True isn't it? Sebab kita alami semua benda ni. Benda yang kita dah selalu buat.
Jadi secara konklusinya, tak semua sikap malas ni membawa kepada keburukan. Ya. Like what I've just mentioned, laziness is not a sin. Laziness is not a crime either. Semua benda kat dunia ni kena ada point. Kena ada matlamat. Sama macam sikap malas. Tanya diri sendiri, kenapa aku malas? Dan kita akan jumpa jawapannya, tahu sama ada sikap malas ni membawa kepada kebaikan atau keburukan. Sikap malas ni penting ya. Tapi tengok keadaan lah. Susah jugak kalau kita ni malas setiap masa. Tak, tak boleh. Nak bermalas-malasan biar kena tempat. Tak salah pun ada sikap malas tu. Ada certain tu dah jadi habit. Kena berpada-padalah dalam bermalas-malasan.
Harap-harap entry kali ni sedikit sebanyak bagi manfaat lah dekat sesiapa yang baca. Ini hanya sekadar pendapat dan pandangan aku tentang sikap malas. Kalau ada salah silap kat mana-mana, mohon tegur ya. Setiap orang ada pendapat dan pandangan yang berbeza. So yep.
Sampai sini sahaja. Kalau panjang umur dan sihat, aku akan update selalu. In shaa Allah.
Terima kasih daun keladi.
Sincerely,
Syafiqah Fisal.