Sunday, November 23, 2014

Berubah

Assalamualaikum semuanya! Happy holidays! Alhamdulillah setelah sekian lama dapat juga aku pulang ke 'kampung halaman' aku di Kuala Lumpur. Peh. Tak mampu nak letak dalam kata-kata betapa gembiranya aku dapat balik rumah sendiri. Kalau sebelum ni aku selalu tumpang rumah makcik-makcik aku dekat Kelantan dan hanya beberapa kali saja pulang ke Kuala Lumpur, sekarang dapat juga aku pulang. Alhamdulillah. Ha, korang apa khabar? Apa plan masa cuti? Aku? Pretty much studying because tahun depan SPM!!! Omg!!! Well, not really studying though. Okay. Enough mumbling.




Jadi, kenapa tajuk entry kali ni 'Berubah'? Okey. Aku sebenarnya nak bercakap tentang perubahan dan berubah ke arah yang lebih baik. Ya, dalam hidup setiap manusia pasti ada turning point, kan? Walaupun hanya sebesar zarah, mesti ada juga kan? Berubah ke arah yang lebih baik. Changing for the better, yes. Mari kita hayati perbualan dua orang sahabat ni.

-----------------------------------

Situasi di sebuah sekolah berasrama penuh, musim peperiksaan akhir tahun, semua pelajar bagai nak rak mengulang kaji pelajaran. 

Anisah bingung. 'Apa benda ni? Tak faham aku!' Sambil menggaru kepala, dia pun berfikir untuk mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan soalan Kimia yang sedari tadi dia lakukan. 'Ah, tak boleh jadi ni. Aku kena panggil Ain ni.' Anisah pun bergegas keluar dari kamarnya dan memanggil Ain di paras satu blok asrama. 'Ain! Ain! Ain A1-01!' Lain yang dipanggil lain pula yang keluar. Yang menyahut panggilannya bukan Ain, tetapi dormate Ain, Syahirah.

'Ha apa dia?' tanya Syahirah, melaung kepada Anisah yang berada di paras atas. 'Irah, panggil Ain jap. Aku nak suruh dia ajar Kimia ni. Please!' jawab Anisah yang nampak agak terdesak.

'Ain, Anisah panggil suruh ajar Kimia.' Kata Syahirah kepada Ain. 'Oh okey.' Ringkas, Ain pun pergi menaiki tangga menuju ke kamar Anisah. Syahirah juga mengikuti Ain ke kamar Anisah. Apa salahnya ikut belajar sekali kan? Ain ni kan budak pandai! Sesampai saja di kamar Anisah, Anisah sudah berada di hadapan buku. Sebaik saja Anisah nampak kelibat Ain, terus dia menerjah Ain dengan pelbagai soalan.

'Ain! Ajar aku ni. Susahlah! Dari tadi lagi buat tak faham-faham juga.' Anisah melepaskan keluhan. Ye lah, masa cikgu duk mengajar tajuk ni dia sibuk dengan aktiviti debat. 'Hmm, aku pun tak berapa power sangat bab ni. Jap.' Sambil membelek buku, Syahirah menyampuk (Syahirah ni memang macam ni, suka menyampuk).

'Cikgu ada ajar hari tu. Tapi aku tak ingatlah.' Maka Anisah dan lain-lain pun mulalah sesi belajar secara berkumpulan sehingga lewat malam. Warden pun dah bising suruh light-off, jadi mereka pun terpaksa pergi ke bilik pantry untuk meneruskan ulang kaji. Tapi masa tu Ain dah balik dorm dia (Ain memang tak pernah stay up, takpe dia dah pandai) Jadi tinggal Anisah, Syahirah dan Hanani (Classmate Anisah). Mereka bertiga pun mengulang kaji sampailah tamat bab Kimia tu. Hanani sudah pulang ke dormnya dan tinggal Anisah dan Syahirah saja.

'Syahirah, jomlah tidur dorm aku.' pelawa Anisah. Ye lah, dulu Syahirah duduk blok lain. Sekarang dah duduk satu blok bolehlah nak ajak dia tidur sekali. Best friend forever kan!

'Ha okey je. Jap aku pergi ambil bantal dengan selimut dekat dorm aku.' Syahirah pun lekas mengambil selimut dan bantalnya dan kembali ke dorm Anisah.

Jam sudah menginjak pada pukul 1.45 pagi. Semua orang dalam dorm Anisah sudah lena dibuai mimpi kecuali Anisah dan Syahirah. Malam tu mereka berbual-bual tentang banyak perkara.

Mereka bercakap tentang berubah.  Syahirah bercerita tentang penghijrahannya dalam menutup aurat dan dugaan-dugaan yang ditempuhi. Sebagai seorang kawan yang memahami, Anisah pun mengeluarkan kata-kata hikmah untuk menyuntik semangat rakan baiknya itu.

 "Kita kalau nak berubah, jangan terlalu mendadak sangat. Bimbang takut tak istiqamah. Biar perlahan-lahan, janji istiqamah daripada secara mendadak. Lagi satu, kalau kita ingin berubah, kita kena fikir penerimaan orang terhadap diri kita. Kita kena fikir tentang perasaan mereka. So slowly changing would be the ideal. At least taklah mengejut sangat kepada orang-orang di sekeliling kita."

Kata-kata Anisah itu meresap masuk ke dalam jiwa Syahirah. Ya, perubahan itu tidak semestinya perlu secara mendadak. Cukuplah secara perlahan-lahan agar sentiasa istiqamah. Benar kata Anisah. Maka mereka berduapun akhirnya lena dibuai mimpi setelah beberapa lama berborak tentang kehidupan.

Sekian.

----------------------------------------------

Jadi di sini aku nak bercakap tentang berubah. Ya, berubah. Dalam hidup ini kita kena ada perubahan. Terutamanya ke arah kebaikan. Kita perlu berubah. Kalau kita kekal dalam 'kejahatan', dah tentu kita takkan dapat rasa kemanisan hidup. 



Dalam pada itu, perubahan ini perlu kesabaran dan ketabahan. Lumrahlah kan, bila nak berubah ke arah yang lebih baik mesti macam-macam dugaan dan rintangan terpaksa kita lalui. Eh ingat senang ke nak tinggalkan benda yang kita dah biasa buat? Yang dah sebati dengan diri kita? Ingat senang ke? Memang susah! Nampak, perubahan juga perlukan pengorbanan. Kita kena korbankan macam-macam perkara untuk berubah. Okey aku ambil contoh Syahirah tadi ya. Dia sedang cuba untuk berubah. Dia sedang cuba untuk menutup aurat dengan sempurna. Syahirah juga ada menyatakan yang dia hadapi pelbagai dugaan. Contohnya daripada keluarganya (okey ni takde dalam cerita tapi aku tambah). Keluarganya bukannya keluarga yang warak atau alim. Jadi semasa dia nak berubah tapi selalu dapat tentangan daripada keluarga dia. Dia rasa benda ni membebankan dia. 

Anisah kata, perubahan jangan mendadak sangat. Dalam erti kata lain, sebagai contohnya, dari 25% kepada 100%. Boleh kalau nak berubah dengan mendadak, tapi dikhuatiri kita tak istiqamah. Lebih baik kita slow-slow, dari bawah ke atas dan istiqamah. Kebiasaannya perubahan secara mendadak ni tak berkekalan. Mungkin ada chances untuk berkekalan tapi tak banyak. Wallahualam.

Apa-apa pun, betulkan niat bila nak berubah ke arah kebaikan. Kita berubah kerana Allah, bukan kerana siapa-siapa. Kalau niat kita betul, in shaa Allah kita akan istiqamah. Allah takkan ubah seseorang kalau seseorang itu tak ubah dirinya sendiri. Usaha yang berpanjangan itu perlu ada dan sentiasa ada. Allah setia membantu. In shaa Allah.

Akhir kata, aku harap entry kali ni sedikit sebanyak dapat memberi sedikit manfaat kepada korang semua. Aku tulis ni untuk diri aku juga. Segala yang baik datang daripada Allah dan segala yang buruk datang dari diri aku sendiri, yang menulis enrty ini. 

Let's change for a better tomorrow!

Sekian. Assalamualaikum wbt.

Written sincerely by,

Syafiqah Fisal.

--------------------------

p/s: Cerita pendek tadi tu gabungan rekaan aku dan kenyataan. Cerita asal yang telah diubah. Terima kasih sebab sudi baca.