Assalamualaikum dan salam satu hati semua! Eceh. Apa khabar? Makin baik? Alhamdulillah. Aku? Uhm makin sihat juga alhamdulillah hehe (badan pun makin sihat, makin chubby) kahkahkah. Sebulan tak update blog. Memandangkan aku sekarang seorang pelajar sekolah berasrama penuh jadi aku tak ada peluang nak update blog sebab aku tak bawa laptop dan telefon canggih aku sekali ke asrama. Sekarang aku sedang bercuti sempena perayaan deepavali. Sepatutnya sekolah aku tak cuti sebab sekolah aku tak ada pelajar india. Tapi aku rasa cikgu-cikgu pun mungkin pertimbangkan balik keputusan tu jadi kami dapat pulang bermalam. Dan aku pulang bermalam di Kuala Lumpur, tanah kelahiran aku. Alhamdulillah. Setelah sebulan, dapat juga aku balik. Hehe.
Menjadi seorang pelajar sekolah berasrama penuh telah mengajar aku banyak perkara. Yang baik mahupun yang buruk. It makes me a wiser and stronger person. I remember that my mother used to say 'being an sbp student is one of the life experiences that can't be bought' so yeah. Ada betulnya juga apa yang ummi aku cakap. Walaupun aku rasa sangat perit dan deritanya menjadi pelajar sbp tapi aku tahu pasti ada sebabnya kenapa Allah SWT hantar aku ke sini. Kalau ikutkan hati, dah lama aku pindah balik sekolah lama aku. Sebab aku tak tahan dengan suasana dan orang-orang di sekolah baharu aku. Tapi aku gagahkan juga diri aku untuk hadapi semuanya.
Aku rasa aku tak pernah reveal lagi gambar sekolah baharu aku. Dah tiba masanya aku rasa untuk aku reveal. Eheh.
Tadaaa! Ni lah sekolah baharu aku hehe.
ni bangunan sekolah. gambar ni aku ambil kat google. taktahu tahun bila punya. sebab yang latest ada sedikit pembaharuan. so yeah. at least korang tahu bangunan sekolah aku camne en. haha.
Ni pula asrama. Tak silap aku ni blok Dinamik. Tapi aku blok Cekal.
Ha. Tulah gambar-gambar sekolah baharu aku. Credit to the owners of the photos. Aku ambil gambar ni kat google haha. Aku tak bawa kamera ke sekolah so aku tak dapat nak ambil gambar. Sedih T^T
This school is all girls school in Kelantan. Sekolah ni agak besar. Banyak padang. Dan yang paling aku suka kat sekolah ni ialah sekolah ni ada banyak pohon rhu. Sangat tinggi dan cantik. It makes the school look cool. Sekolah aku ni kat kawasan pedalaman di Pasir Puteh. Memang dekat dalam hutan lol.
Sebenarnya aku malas nak cerita banyak pasal sekolah baru aku. Aku nak share apa yang aku lalui sepanjang empat bulan dekat sekolah ni. Frankly speaking, there are so many things that I've been going through. Penat dah aku habiskan air mata aku pasal masalah aku dekat sekolah ni. Sebenarnya bukannya masalah sangat. Cuma aku rasa tertekan. Sebab semuanya baru bagi aku. Dan buat masa empat bulan ni juga, baru aku tahu macam mana kehidupan pelajar sekolah berasrama penuh. Aku rasa korang-korang yang rasa semua budak sbp ni bagus boleh campak jauh-jauh tanggapan tu. Sebenarnya ada di antara pelajar sbp sama sahaja dengan budak sekolah harian biasa. Bagi aku, budak sbp mahupun budak sekolah harian biasa, semua sama sahaja. Aku baru faham yang sebenarnya semuanya bergantung atas diri kita sendiri. Being an sbp student doesn't mean you're good enough. Kenapa aku cakap macam ni? sebab aku dah experience jadi pelajar sekolah harian biasa dan sbp. So aku boleh buat kesimpulan aku sendiri. Apa yang membezakan kita? Mungkin status sekolah. Atau mungkin cara belajar. Tapi seperti apa yang aku katakan tadi, semua sama sahaja. It all depends on ourselves. Tak semua sbp leavers dapat straight A's kan? So... yeah. Itu salah satu benda yang aku belajar bila duduk kat asrama.
Memandangkan aku seorang pelajar baru, jadi aku tak berapa disukai ramai. I don't know. I tried to be friendly though. And I think they only see my flaws instead of something good about myself. This thing somehow breaks my heart into pieces. I'm not living up to their expectations anyway. Kau tak boleh expect aku untuk jadi seperti apa yang kau sangka. Aku tak tahu berapa ramai haters aku dah kumpul. Tak apalah. Hate me all you want. That doesn't bring any benefits to me. Despite having all the haters around me, I still have friends. Least number of friends to be exact. Tapi bilangan kawan yang sedikit ni pun kekadang aku ada masalah dengan diorang. Tapi tak apa lah. Lumrah berkawan. Mesti ada gaduh-gaduh dan salah faham sikit kan? Dalam bilangan kawan yang sedikit ni pun, tak sampai lima orang yang memang rapat dengan aku. Susah k nak cari best friend. However they aren't really my best friends. Maybe just as close friends. Walau apa-apa pun, aku tetap bersyukur aku ada kawan. At least I'm not alone. Though I feel as if I'm invisible, there are still people who notice my presence. Alhamdulillah. I'm so thankful for it.
Sekarang ni minggu exam. Stress dengan study and stuff. Aku harap ada peningkatan untuk exam kali ni. Alhamdulillah exam pertama aku kat sekolah ni ada peningkatan. Tak banyak sangat tapi aku still bersyukur. Ranking aku pun takdelah teruk mana (bagi aku lah, sebab aku tak target tinggi sangat). Dikelilingi orang bijak pandai ni memang menguji aku. Buat aku rasa nak usaha jadi macam diorang juga, Memang mustahil untuk aku menandingi mereka tapi aku akan cuba. In shaa Allah dalam spm nanti. Aamiin. Oh, dan seperkara lagi, aku sangat mengagumi first ranker form 4. Cantik bertudung labuh, bijak, rajin dan dengar cerita dia dah khatam quran beberapa kali. Allahurabbi. Sesuai sangatlah jadi first ranker. Ada dengan buku ke mana-mana dia pergi. Aku rasa aku patut jadikan dia contoh. Aku masih berusaha nak jadi serajin dia. Memang agak payah untuk aku yang pemalas ni. I still have no guts to approach her though. Entah. Aku tak tahu sejak bila datang perasaan segan untuk approach orang ni datang. Mungkin sebab dia pandai, jadi aku rasa segan. Mungkin dia taknak berkawan dengan aku. Ya, sebab tu lah. Aku rasa tak setanding dengan dia. Aku tahu aku tak patut rasa macam ni, tapi itulah hakikatnya. Aku terlampau merendah diri. Hmmm.
Aku rasa sampai sini je la cerita aku pasal kehidupan aku dekat sekolah baharu aku ni. In shaa Allah kalau aku rajin aku akan update selalu. Doakan kejayaan aku dekat sekolah ni. In shaa Allah aamiin.
Selamat Hari Deepavali! Selamat malam. Assalamualaikum.
Written sincerely by
Syafiqah Fisal.