Assalamualaikum semua! Apa khabar? Harap-harap baiklah in shaa Allah. Aku ok je. Alhamdulillah. Masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk teruskan hidup, untuk terus bertaubat kepada-Nya. Alhamdulillah, hidup sebagai seorang pelajar berasrama penuh banyak mengajar aku tentang kehidupan. Buat aku lebih tabah dan kuat. Kuat mengharungi segala macam bentuk cabaran. Kuat untuk menghadapi semua orang. Alhamdulillah. Allah letak kita dekat sesuatu tempat itu bersebab, kan? Bukan sia-sia. Dan mungkin ada sebabnya kenapa Allah letakkan aku di sekolah berasrama penuh, walaupun banyak dugaan aku perlu tempuhi.
Ok lah. Sebenarnya aku berasa terpanggil nak menulis berkenaan dengan cita-cita. Ya. Aku rasa semua orang punya cita-cita, bukan? Aku? Jujur, aku masih lagi tak jelas dengan apa yang aku mahu jadi sebenarnya. Okey mari kita buat kronologi. Masa aku sekolah rendah dulu, aku sangat suka melukis. Dan aku pasang angan-angan nak jadi seorang pereka fesyen. Pada masa sekolah rendah juga, aku mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang arkitek. Entah. Macam-macam aku nak jadi masa sekolah rendah dulu. Masuk sekolah menengah, lagilah macam-macam aku nak jadi. Contohnya, doktor, pensyarah dan seorang usahawan yang berjaya. Tapi, malangnya, sekarang aku rasa macam aku clueless sangat-sangat. Aku taktahu apa yang aku nak jadi. Aku buntu. Kalau aku jadi doktor, aku rasa aku mungkin tak ada kehidupan seharian. Aku mungkin tak ada masa untuk orang yang aku sayang. Dan sebab aku taknak jadi doktor ialah aku fikir aku tak serajin dan sepandai seorang doktor. Aku ada masalah tahap keyakinan dalam diri yang sangat rendah. Jadi aku selalu rasa tak yakin dengan diri aku. Aku selalu rasa rendah diri. Maksud aku, in a negative way. Aku rasa aku tak boleh buat itu dan ini. Even succeeding in SPM pun aku rasa sangat sukar untuk aku.
Sebenarnya, hidup kita ini perlu ada matlamat. Sebagai seorang muslim, matlamat kita di dunia ini ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan memakmurkan bumi. Ya. Hidup tanpa matlamat itu sia-sia. Dan jika matlamat itu bukan kerana Allah, juga amat sia-sia. Hidup perlu ada matlamat. Kita perlu ada arah tuju dalam hidup, Jangan pernah sesekali biar hidup kita terkapai-kapai. Kunci kejayaan dalam hidup kita ialah percaya kepada Allah. Aku rasa ini ubat untuk masalah keyakinan diri aku. Sebab aku pernah dengar Profesor Muhaya kata, "kalau kita tak yakin dengan diri kita, seolah-olah kita tak yakin dengan Allah." Kita kena yakin dengan Allah swt. Yakin yang Allah akan beri segala-galanya kepada hamba-Nya. Cuma kita tak tahu lambat atau cepat saja. Usaha, doa dan tawakal. In shaa Allah, aku akan cuba praktikkan perkara ni dalam hidup aku.
Jadi, setakat ini sajalah perbincangan kita tentang 'Ambition'. Walaupun tak ada banyak isi, aku harap entry kali ini ada manfaatnya. In shaa Allah. Aku pun still dalam proses nak perbetulkan segala kekurangan aku. Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari diri aku yang hina ni.
Moga ketemu lagi.
Assalamualaikum.
Ambition

