Assalamualaikum.
Today I went through the same thing. Putting on the same fake smile. But nah, that's not what I'm going to talk about. Yeah.
Pagi tadi boleh dikatakan aku sangat moody sebab aku teringat tentang perkara yang terjadi beberapa hari lepas. Hati aku masih lagi sakit. Ya benar, aku dah maafkan dia tapi hati ini bagaikan sudah begitu remuk bak kaca yang pecah berderai. Ceh. Patah seribu. Aku nampak dia, tapi aku cuba untuk jauhi dia. Hati aku rasa panas gila bila aku nampak dia. Jadi lebih baik aku jauhkan diri daripada melihat dia. Aku jalan, jalan lagi walaupun aku tahu dia nampak aku. Aku buat bodoh je. Allah, aku dah lama tak rasa sakit hati sampai macam ni sekali. Kali terakhir aku rasa macam ni ialah beberapa tahun yang lepas. Rasa sakit ini datang kembali, namun terhadap orang yang berbeza.
Aku teruskan langkah, sampai aku bertemu dengan rakan-rakan sekelasku. Lepas tu aku ajak kawan aku teman aku pergi solat subuh dekat bilik persalinan sebab aku tak sempat nak solat kat rumah. Aku lambat hari ni. Nasib baik waktu syuruk belum tiba lagi. Seusai solat, aku bergegas ke tapak perhimpunan untuk sesi bacaan yasiin. Seperti biasa setiap pagi jumaat, pasti akan diadakan bacaan yasiin. Allah, aku rasa aku tak boleh fokus. Rasa sakit hati masih lagi bertamu dalam hati. Selesai bacaan yasiin, perhimpunan pun bermula. Hati aku kembali sakit apabila melihat dia. Rasa nak marah, namun aku tahan. Pendam. Aku tak toleh ke arah dia langsung. Kalau boleh aku nak lari je masa tu. Tapi apakan daya.
Tamat perhimpunan, waktu pj. Alhamdulillah ya Allah sebab waktu pj ni lah mood aku kembali ceria! Cikgu ajarkan kami cara efektif untuk mendapatkan pinggang yang ramping dan langsing. Pada mulanya aku tak berminat tapi melihatkan gaya senam robik tersebut sangat 'meng-enjoy-kan' jadi aku rasa aku patut turut serta. Seronok sangat. Waktu tu aku rasa aku dapat lupakan segala masalah aku buat seketika. I was really enjoyed. Habis pj, balik ke kelas. Cikgu english tiada. Tapi ada kerja yang ditinggalkan. Aku tak buat sebab aku penat. Pinggang aku sakit. Allah. Senam robik memang menyakitkan betul haha. Aku duduk je dalam kelas. Sejukkan badan bawah kipas. Borak-borak dengan kawan.
Waktu rehat. Aku rehat dengan kawan-kawan aku macam biasa. Masih takde mood lagi. Tamat waktu rehat. Balik kelas. Waktu dalam perjalanan balik ke kelas, aku nampak dia. Aku perasan dia pandang kat aku, tapi aku buat-buat tak nampak. Macam biasa, aku akan sentiasa buat fake smile. Borak-borak dengan kawan aku. Aku nampak dia lagi. Aku buat bodoh. Lantaklah.
Habis waktu sekolah, aku bergegas keluar dari sekolah dan pergi berjumpa dengan sahabat baik aku atau sahabat dunia akhirat aku. Allah. Gembiranya aku dapat jumpa dia. Kami pergi ke kedai makan. Berborak-borak. Aku luahkan segala yang terpendam dalam hati ni pada dia. Allahu. Aku gembira dapat kawan yang memahami. I told her everything. Alhamdulillah aku rasa lega sampai sekarang. Kami bertukar-tukar cerita. Aku cerita masalah aku, dia cerita masalah dia. Seronok. Lama sangat tak jumpa dia. Rindu yang amat. Alhamdulillah. Dapat juga berjumpa walaupun beberapa jam sahaja. Terima kasih Aman untuk hadiah tadi, it's really cute!! I love it!! Maaf aku lupa nak bawa hadiah yang aku janjikan. Nanti bila kita berjumpa lagi aku akan berikan hadiah tersebut kepada kau. In shaa Allah.
Konklusinya, hari ini hari yang agak suram buat aku kecuali waktu aku jumpa Amanina. Aku rasa gembira. Gembira dapat luahkan segalanya. Cuti seminggu ni nak jumpa Neil dan Farhana pula. Dua-dua sahabat kesayangan aku juga. Tak sabar sangat!!
Harapan aku? Aku harap aku dapat padamkan rasa sakit hati ni. Aku harap aku dapat kembali ceria. Aku harap aku dapat terima segala ketentuan Allah. Aamiin.
Salam dari hati,
Syafiqah Fisal.
Friday, March 21, 2014
Wednesday, March 19, 2014
Discover Yourself, Find Out Who You Really Are.
Assalamualaikum. Hari ini aku rajin nak update blog. Hehe.
Tajuk malam ni menarik sikit. Uhm, sebenarnya semuanya berkait rapat dengan apa yang terjadi kat diri aku. Jadi aku rasa aku patut share. Mungkin korang pun boleh ambil iktibar. Ceh. Poyo je.
Aku nak bercakap tentang "mari kenal diri kita dengan lebih mendalam". Macam mana? Senang je. Aku ambil satu contoh, katakanlah sesuatu yang buruk berlaku kepada kita, bagaimanakah kita menghadapinya? Kat sinilah kita boleh nilai diri kita sendiri. Kita boleh tahu siapa kita yang sebenarnya. Kadang-kadang cara ini tak menjadi. Maka, aku bagi lagi satu contoh. Apabila kau duduk seorang diri, dalam erti kata lain, mengisi masa dengan meluahkan apa yang kau rasa kepada Allah. Waktu ini juga kita boleh tahu siapa kita yang sebenar. Sebab you are who you are apabila kau bersama Allah. Allah knows who you really are. Dan apabila kau luahkan apa yang kau rasa, kau sebenarnya menunjukkan siapa kau yang sebenarnya. Allah tahu apa dalam hati kita. Yet He still listens to every single thing we say. Ya. Aku rasa cara terbaik nak tahu siapa diri kita yang sebenar adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah.
Namun, kita semua hanyalah makhluk Allah yang banyak kekurangan. Sekarang kita beralih pula kepada "cara untuk mengetahui kelemahan diri kita". Sama saja macam apa yang aku nyatakan tadi. Tengok macam mana kita react apabila sesuatu perkara berlaku. Adakah kita memberi tindak balas yang positif atau sebaliknya? Fikirkan kembali. Satu lagi, cara untuk mengetahui kelemahan diri kita adalah apabila ahli keluarga kita menegur kita tentang diri kita. Memanglah, orang kata jangan sesuka hati je nak judge orang. Tapi kalau family kita sendiri komen pasal diri kita, it can be true. What they say can be true. Boleh jadi apa yang diorang cakap tu tak betul sebab kadang-kadang ada family yang tahu siapa diri kita yang sebenar. Tapi aku rasa cara terbaik untuk kita tahu kelemahan diri kita ialah, listen to what they say. Yes, kata-kata mereka memang menyakitkan hati. But cubalah. Sebab merekalah orang yang paling rapat dengan kita. Kita cuba ubah diri kita walaupun sekecil zarah kelemahan tu masih bersemadi dalam diri kita. Janganlah kecewa. Kita umat akhir zaman memang banyak kekurangan. Aku juga sama.
Macam mana nak tahu keistimewaan kita pula? Hm. Agak susah untuk aku terangkan sebab aku masih lagi 'mengkaji' keistimewaan diri aku sendiri. Baik dari segi mental dan fizikal. Setiap manusia ada bermacam-macam jenis keistimewaan. Jadi, nak discover kita punya keistimewaan tu in shaa Allah mudah. Mungkin kita tak nampak, tapi orang lain nampak. So yep. Let's try to be unique! Because unique is one of a kind :D
Aku rasa sampai sini sahaja sesi perkongsian ilmu. Maaf jika terkasar bahasa. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk datang dari aku sendiri. Aku minta maaf banyak-banyak. Aku masih lagi dalam proses memperbaiki diri aku. I want to be a good person! In shaa Allah Aamiin. Moga Allah permudahkan urusan kita dalam mengejar redha-Nya. In shaa Allah, Allahumma Aamiin.
Salam sayang seribu kali sayang,
Syafiqah Fisal ♡
Assalamualaikum wbt, sahabat-sahabat.
The Beginning of Something Better
Assalamualaikum. Holla everybody!
It's been a really long time since I last updated my blog. Isashiburi ne! or I shall say, LONG TIME NO SEE!! I miss updating my blog. Yeah really. Tempat luahan perasaan yang orang lain pun boleh baca. Tempat orang boleh tahu what's happening with me. Nah, I don't really share everything. Just to sum it all up, this is only about my daily life.
Aku just nak cakap, aku bersyukur Allah uji aku. Kita masih lagi di awal tahun 2014, namun macam-macam telah aku alami. Alhamdulillah. Pain makes me stronger. Walaupun kadang-kadang aku rasa aku tak boleh nak terima, but bila aku terfikir balik, kalau Allah tak uji aku, macam mana aku nak kuat? Macam mana aku nak jadi lebih penyabar? Macam mana aku nak belajar untuk menerima apa yang Allah tentukan untuk aku? Bila aku terfikir pasal benda ni, aku sedar. Aku sedar setiap ujian itu memang bersebab. Sebabnya tak lain dan tak bukan untuk menguatkan kita. Yeah.
Aku boleh katakan, aku happy dengan permulaan tahun 2014. Everything seems to be really good. Aku rasa tahun ni yang baik sebab I don't know, aku rasa macam tu. Better than tahun lepas. Honestly lah aku cakap, permulaan tahun 2014 aku alami banyak heartbreak. Allah. Aku rasa aku tak nak jatuh cinta lagi. Especially jatuh cinta dengan orang yang salah. Sakit sangat. I can't picture how hurtful it is. Dan dengan izin Allah swt, aku berjumpa dengan seorang lelaki yang aku ingat was the one for me. Tapi... entahlah. Aku rasa Allah nak tunjukkan aku bahawa he's not the one. Memang at first aku kecewa, but I'm slowly accepting it. Aku rasa memang betul lah, aku dengan dia sesuai jadi kawan je. Dan silap aku juga. I shouldn't have told him my true feelings for him. I should have waited for a few months to confirm my feelings. But yeah, it was really my fault. Tengok dah frust menonggeng when he told me the truth. Takpe. Aku redha. Walaupun hari ni aku moody gila sebab benda ni. Aha. Lepas ni aku takkan ulangi lagi kesilapan aku. Lepas ni I'll wait for the right person to come into my life ♡ hehe.
Orang sekeliling aku nampak perubahan aku. Tadi aku berborak dengan cikgu kesayangan aku, and she told me something, something that kind of... uhm buat aku tersedar tentang sesuatu?
"Cikgu nak awak berubah. Awak lain sangat. Dulu awak tak macam ni. Awak macam dah lost sekarang ni. Kenapa ni Nik? Dulu bila awak buat sesuatu, awak buat dengan bersungguh-sungguh. Sekarang? Awak ada masalah ke?"
Terdiam aku seketika. Rasa macam, ugh, cikgu nampak aku dah berubah. Allah. Idk how to tell her. Bukan cikgu seorang je cakap aku macam tu, ramai lagi. Especially orang yang rapat dengan aku. Hm. Adakah aku benar-benar sudah berubah? Aku taktahu. Aku rasa tahun 2014 aku banyak berubah ke arah yang lebih baik. Tapi mungkin sebab masalah yang aku hadapi membuatkan aku berubah. Yeah. Aku minta maaf. I'm having hard times. Aku perlukan masa. Pain does change people, doesn't it?
Aku harap aku terus tabah untuk menghadapi segala bentuk ujian Allah. I know Allah loves me that's why he keeps on testing me ♡ Allahu Allah. I'm thankful for this. I've changed a lot. I'm no longer the person I used to be. Walaupun banyak kekurangan dalam diri aku, aku rasa aku dah berubah sikit. Takpe, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, ye dak? Hopefully :) I want to be a better person day by day! Aamiin!
Aku harap aku boleh berhenti besarkan masalah yang kecil. Harap sangat. Aku harap sangat aku boleh terima semuanya dengan hati yang terbuka dan redha. Allahumma Aamiin.
Salam sayang,
Syafiqah Fisal ♡
Nota kaki:
Semoga Nik Nur Syafiqah Bt Nik Mohd Fisal diterima untuk ke MRSM! Aamiin! Aamiin! Semoga Abang Dann dapat keputusan SPM yang cemerlang! Semoga Abang Dann can make us all proud of him! Allahumma Aamiin. Straight A's SPM in shaa Allah! Aamiin! :D

Subscribe to:
Comments (Atom)